Duta Besar Thailand ke China, Encik Rathakit Manathat telah diwawancara oleh wartawan CRI sempena ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN baru-baru ini. Rathakit Manathat yang baru menyandang jawatan sebagai Duta Besar Thailand ke China pada bulan April lalu sebelum ini pernah bertugas di Kedutaan Thailand di Singapura dan Laos. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang ahli diplomat yang veteran dan berpengalaman luas. Semasa menghuraikan proses perkembangan ASEAN, Duta Besar Encik Rathakit Manathat berkata: "Jika mahu merumuskan hasil perkembangan ASEAN dalam tempoh puluhan tahun ini, kita harus jelas tentang apa-apa perkara yang bersifat teras bagi ASEAN. Pada pendapat saya, ASEAN mempunyai kandungan yang teras dalam tiga aspek, iaitu keselamatan, kerjasama ekonomi dan sosial."
Beliau menjelaskan bahawa ASEAN sentiasa memberi tumpuan kepada isu keselamatan sejak ditubuhkan. Isu keselamatan pada asalnya meliputi kerjasama politik antara pelbagai negara yang merangkumi aspek-asepk yang termasuk, pembanterasan jenayah transnasional, pengedaran dadah dan pencegahan penyakit berjangkit. Kerjasama itu bukan sahaja melibatkan usaha pelbagai negara anggota ASEAN, malah kerjasama antara ASEAN dengan masyarakat antarabangsa juga amat diperlukan. Dalam bidang ekonomi, program kerjasama utama yang dijalankan pada masa ini ialah penubuhan kawasan perdagangan bebas. Usaha menghapuskan rintangan dan menyediakan pelbagai kemudahan merupakan kunci bagi mendorong perdagangan. Dalam konteks ini, tarif merupakan rintangan yang paling utama bagi perdagangan antara pelbagai negara. Perdagangan antara negara-negara anggota ASEAN telah dijalankan dengan amat lancar selepas tindakan pembatalan tarif diambil dalam lingkungan ASEAN. Menurut Duta Rathakit Manathat bahawa sekiranya ASEAN yang sebagai sebuah entiti ekonomi bersepadu dan mempunyai penduduk seramai 567 juta orang penduduk dapat menjalinkan hubungan perdagangan atau menubuhkan kawasan perdagangan dengan entiti ekonomi yang lain, maka semua negara anggota ASEAN akan turut memperoleh keuntungan dalam hal tersebut.
Peningkatan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi pastinya akan dapat memangkinkan aktiviti pelaburan. Namun, menurut Duta Besar Rathakit Manathat bahawa isu pelaburan itu tidak seharusnya dianggap sebagai isu ekonomi sahaja, malahan ia juga melibatkan isu-isu dalam bidang sosial kerana bagi pihak yang mengadakan pelaburan atau yang menerima pelaburan, mereka seharusnya mempunyai maklumat dan menghormati kebudayaan, adat resam dan agama antara satu sama lain.
Duta Besar Rathakit Manathat turut menegaskan bahawa: "Kekuatan sesetiap negara anggota ASEAN adalah terhad. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 40 tahun lalu, kami sentiasa menekakan "satu ASEAN" dan memandang diri sendiri sebagai wakil bagi ASEAN. Dengan itu, kekuatan yang dimiliki oleh negara-negara ASEAN dapat ditingkatkan. Sementara itu, kejayaan yang dicapai oleh ASEAN juga bermakna kejayaan bagi Tailand, bagi Malaysia, ataupun bagi Indonesia juga.
1 2
|