Duta Besar Rathakit Manathat juga menyatakan bahawa pelbagai negara ASEAN akan mengadakan perbincangan tentang penandatanganan "Piagam ASEAN" dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 yang bakal diadakan di Singapura pada akhir tahun ini. Semasa menghuraikan "Piagama ASEAn" tersebut, beliau memberikan penilaiannya bahawa: "ASEAN memegang prinsip yang berbeza dengan pertubuhan antarabangsa yang lain. Penandatanganan Piagam ASEAN akan meningkatkan taraf penyatupaduan antara pelbagai negara ASEAN dan mendorong kerjasama bagi merealisasikan pembangunan bersama. Selain itu, Piagam ASEAN itu juga akan menyediakan mekanisme bagi memastikan hak dan kewajipan yang dimiliki oleh pelbagai negara anggota."
Semasa memperkatakan tentang pembangunan ASEAN, Duta Besar Rathakit Manathat menyatakan bahawa pembangunan ASEAN tidak boleh bergantung kepada diri sendiri sahaja. Menurut beliau kini mekanisme kerjasama "ASEAN+3" merupakan satu jalan yang terbaik bagi pembangunan ASEAN. Beliau menjelaskan bahawa China mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion orang. Mekanisme kerjasama yang dibentuk antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea dapat memastikan keselamatan, kestabilan dan pembangunan serantau. Tegas beliau, China berperanan penting bagi memelihara keselamatan serantau. Maka, ASEAN amat menghargai pendirian pihak China dan China juga telah menunjukkan keikhlasannya untuk mengekalkan persahabatan dengan ASEAN. Beliau berkata: "Baru-baru ini, Kementerian Luar China telah mengadakan aktiviti perayaan khas sempena ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN. Aktiviti itu telah dihadiri oleh Menteri Luar China. Ini telah memberi isyarat bahawa terdapat hubungan yang rapat antara China dengan ASEAN dan kerjasama antara kedua-dua pihak pastinya akan mendorong pembangunan dan kestabilan serantau dan merealisasikan matlamat demi "kejayaan bersama."
Walaupun baru 4 bulan sahaja Duta Besar Rathakit Manathat menyandang jawatan, namun beliau telah mengadakan lawatan ke banyak tempat di China. Semasa perkembalian Hong Kong ke pangkuan tanah air pada tahun 1997, Rathakit Manatha bertugas sebagai konsul di konsulat Thailand di Hong Kong. Beliau telah menyaksikan ketabilan dan kemakmuran yang diwujudkan selepas perkembalian Hong Kong. Kini, sebagai Duta Besar Thailand di China, beliau ingin mendapat maklumat yang menyeluruh terhadap China. Beliau berkata: "Saya yakin saya ialah seorang yang mengikuti perkembangan situasi antarabangsa secara mendalam dan pengetahuan saya tentang China juga semakin dibaharui. Jika saya sebagai seorang warganegara China, saya pasti akan berasa amat bangga kerana sistem ekonomi dan politik yang baik telah diwujudkan di China. Dalam tempoh 3 bulan yang lalu, saya telah mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan provinsi di China. Dengan itu, saya bukan sahaja telah melihat kemakmuran dan perkembangan di Beijing dan Shanghai, tetapi juga di pelbagai tempat yang lain. Kerajaan China telah menjadikan negaranya lebih kuat dan makmur serta memastikan rakyat menikmati kehidupan yang selesa. Perkara ini amat mengagumkan!" 1 2
|