v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama Media Asia-Sebarkan Suara Asia

2007-08-31 15:17:48 CRI

Pengarah Urusan Kumpulan Media Akhbar Nanfang China, Yang Xingfeng menyatakan bahawa setiap negara yang ingin merealisasikan pembangunan dan membuka pintu kepada dunia luar memerlukan pandangan umum antarabangsa yang baik terhadapnya dan sedemikian juga jika ingin mewujudkan "keharmonian Asia Timur" sebagaimana yang dianjurkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao. Maka, pihak media di pelbagai negara Asia perlu memainkan peranan yang bersifat membina dalam bidang penghantaran maklumat dengan objektif, benar, tepat dan menyeluruh, mendorong pembangunan bersama dan menambah persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.

Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Yong Soo Heong semasa menyampaikan ucapan dalam forum itu telah menegaskan pentingnya kerjasama organisasi media Asia. Beliau juga mencadangkan supaya mekanisme-mekanisme yang sedia ada seperti Forum Ekonomi Asia-Pasifik, Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dimanfaatkan bagi membuat laporan yang berfaedah kepada Asia.

Semasa membincangkan cara untuk menjadikan suara Asia lebih berkesan di arena antarabangsa, para peserta berpendapat bahawa kini Asia telah memainkan peranan yang semakin penting dalam pentas politik, ekonomi dan kebudayaan dunia. Manakala, pembangunan Asia dan kemajuan yang dicapai oleh Asia dalam usaha kerjasama tidak dilaporkan oleh media Barat secara objektif dan menyeluruh. Maka, cara untuk menjadikan "suara Asia" bergema dengan lebih nyaring di dunia telah menjadi tugas yang perlu dipikul bersama oleh organisasi media Asia. Timbalan Ketua Pengarang Agensi Berita Antara, Indonesia Akhmad Kusaeni dalam ucapannya menyatakan bahawa "organisasi media Asia perlu bertanggungjawab bagi mewujudkan imej Asia yang harmoni". Beliau berkata bahawa 10 negara anggota ASEAN dan China, Jepun serta Republik Korea perlu menjalinkan pertukaran dan penyelarasan yang lebih baik bagi memastikan perkara mengenai Asia dilaporkan oleh media Asia.

Beliau turut menekankan bahawa China, Jepun dan Republik Korea merupakan negara yang berkembang paling pesat di dunia dan bersedia untuk menjalinkan hubungan ekonomi yang lebih erat dengan negara-negara Asia Tenggara.

Kerjasama antara organisasi media China, Jepun dan Republik Korea dengan negara ASEAN akan memberi manfaat kepada negara yang berkenaan dan Asia malahan seluruh dunia.

Forum Kerjasama Meida 10+3 yang berlangsung selama 2 hari telah ditutup di Tianjin, China pada petang 22 hb Ogos lalu. Para peserta telah memberi penilaian yang amat tinggi terhadap penganjuran forum kali ini. Seorang pegawai kanan daripada Stretariat ASEAN menyatakan bahawa forum itu amat berhasil dan merupakan asas yang baik kepada penganjuran forum seumpama itu pada masa depan. Tambah beliau, penganjuran forum kali ini juga telah mengenal pasti peranan yang mampu dimainkan oleh kerjasama organisasi media Asia dalam mendorong persahabatan antara rakyat serta memangkinkan kerjasama dan pertukaran antara pelbagai pihak.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |