v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama China-ASEAN dalam Pembangunan Infrastruktur Mempunyai Potensi yang Meluas

2007-09-07 14:45:56 CRI

Forum Peringkat Menteri Pembangunan Infrastruktur Rantau Asia-Pasifik Ke-6 telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Pegawai kanan yang bertanggungjawab atas isu pembangunan infrastruktur dari China, Jepun, Republik Korea dan pelbagai negara ASEAN seperti Vietnam, Singapura, Malaysia, Brunei dan lain-lain telah menghadiri forum tersebut. Para peserta dalam forum itu telah berkongsi tentang pengalaman negara masing-masing dalam pembangunan infrastruktur dan memperbincangkan cara memperluas kerjasama antara satu lain dalam perkara tersebut.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-16 penjalinan hubungan dialog antara China dengan ASEAN. Dalam tempoh 16 tahun lalu, kedua-dua pihak telah menjalankan kerjasama yang berkesan dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pembangunan infrastruktur kini sedang berada dalam peringkat permulaan dan dijangka mempunyai potensi yang agak meluas. Naib Menteri Pembinaan Vietnam, Nguyen Van Lien semasa diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan: "Kini, hubungan antara Vietnam dengan China sedang berkembang secara pesat dan menyeluruh. Banyak perusahaan China telah melabur di Vietnam dan berjaya mencapai keuntungan yang memuaskan. Setahu saya, terdapat perusahaan dari China yang kini mengadakan pelaburan dalam projek rawatan air kumbahan di bandar Ho Chi Min. Jika dapat dilaksanakan dengan jayanya, projek itu akan membantu menyempurnakan dan menaik taraf sistem infrastrutur bandar Ho Chi Min. Selain itu, kami juga telah mengimport banyak kelengkapan dari China. Pada pendapat saya, iklim kerjasama dan pelaburan antara China dengan Vietnam amat baik dan perusahaan kedua-dua negara juga giat mencari projek usaha sama yang lebih banyak bagi mewujudkan kejayaan bersama."

Melalui pembangunan dalam beberapa tahun lalu, China dan negara-negara ASEAN telah mempunyai banyak pengalaman kejayaan dalam usaha membangunkan infrastruktur yang dapat dikongsi antara satu sama lain. Para peserta yang menghadiri forum kali ini telah memperkenalkan usaha dan pengalaman masing-masing dalam pembinaan infrastruktur. Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Encik Ir Dr. Hasnul semasa menyampaikan ucapan dalam forum tersebut telah memaklumkan pengalaman pihak Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pembekalan air. Beliau berkata: "Bekalan air amat penting bagi memastikan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Kami telah berusaha untuk membekalkan air minuman yang selamat dan bersih supaya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memberi jaminan dari segi strategi kepada pembangunan negara."

Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan langkah-langkah konkrit yang diambil oleh Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pembekalan air. Beliau berkata kerajaan Malaysia telah menyedari bahawa pembangunan yang tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan sumber air. Maka, Malaysia melaksanakan kawalan sumber air dengan empat cara utama, iaitu membangunkan sumber air yang baru, menjimatkan penggunaan sumber air, membina kemudahan infrastruktur bekalan air secara komersial dan berusaha meningkatkan keefisienan pembekalan air. Dengan itu, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pembangunan infrastruktur bekalan air.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |