v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama China-ASEAN dalam Pembangunan Infrastruktur Mempunyai Potensi yang Meluas

2007-09-07 14:45:56 CRI

Semasa memperkatakan tentang kerjasama antara Malaysia dengan China dalam perkara itu, Entik Ir Dr. Hasnul menyatakan bahawa perusahaan China boleh mengadakan pelaburan mereka ke pelbagai projek pembinaan infrastruktur di Malaysia, antaranya termasuk banyak projek besar yang ditawarkan oleh kerajaan. Sementara itu, Malaysia juga telah menceburkan diri dalam projek infrastruktur di China, seperti Syarikat Perawatan Air yang ditubuhkan oleh Malaysia di China.

Singapura merupakan sebuah negara yang kaya dengan pengalaman dalam pembangunan sumber air dan infrastruktur bekalan air di rantau Asia-Pasifik. Ketua Pengarah Jabatan Dasar dan Perancangan Sumber Air Singapura, Chen Yuren semasa diwawancara oleh wartawan berkata: "Wilayah Singapura amat kecil, maka kami amat perlu untuk mengawal sumber tenaga dengan rasional. Kami telah menjalankan kerjasama terutamanya dalam tiga aspek dengan China mengenai perkara tersebut, iaitu pertama membentuk mekanisme penganjuran sidang antarabangsa yang dua tahun sekali. Kedua, mengadakan aktiviti pertukaran lawatan antara satu sama lain. Ketiga, kerjasama dalam pelbagai projek pembinaan seperti satu projek yang kami lakukan di bandar Zhangjiakou China bagi membantu peningkatan keefisienan kawalan sumber air di bandar tersebut."

Menteri Pembinaan China, Wang Guangtao semasa menyampaikan ucapan dalam upacara penutupan Forum Peringkat Menteri Pembangunan Infrastruktur Rantau Asia-Pasifik Ke-6 berharap supaya pelbagai negara dapat menjalankan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam di bandar. Beliau menyatakan bahawa terdapat permintaan yang besar dalam usaha pembinaan infrastruktur yang ditawarkan dalam proses urbanisasi di China, perkara ini akan menyediakan peluang yang amat baik kepada sektor-sektor berkenaan di pelbagai negara Asia-Pasifik untuk mengadakaan pelaburan atau menembusi pasaran di China.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |