Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua (kanan) telah menerima kunjungan daripada Delegasi BFSU.
Atas undangan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, delegasi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) yang terdiri daripada 48 orang mahasiswa yang mengikuti pengajian bahasa Melayu serta 4 orang pensyarah telah mengadakan lawatan ke Malaysia bermula pada 22 Ogos hingga 4 September lalu.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian Melayu BFSU, Prof. Wu Zongyu itu telah melawat ke Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan mendapat sambutan yang meriah daripada kerajaan tempatan, institusi-institusi pendidikan dan penduduk tempatan Malaysia.
Pada malam kedua delegasi mahasiswa BFSU berada di Kuala Lumpur, Menteri Pengajaran Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein telah menghos jamuan makan malam untuk menyambut kedatangan mahasiswa dan pensyarah daripada BFSU pada 23 Ogos lalu.
Dalam lawatan tersebut, mahasiswa-mahasiswi dari BFSU juga telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Republik China di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan dengan para pelajar, Duta Besar China ke Malaysia, Encik Cheng Yonghua telah menggalakkan mereka supaya mempelajari bahasa Melayu dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya dapat memberi sumbangan kepada pertukaran lawatan dan kerjasama China-Malaysia dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
Lawatan delegasi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) ke Malaysia kali ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia. Sebagai salah satu program yang penting, para mahasiswa BFSU telah diundang untuk menykasikan perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos lalu.
1 2
|