Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM telah menemui pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi dari BFSU, China di Kampung Puah Lembah pagi 2 September 2007.
Demi membolehkan mahasiswa daripada BFSU mengetahui kebudayaan dan adat resam Malaysia dengan lebih dekat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan program "rumah angkat" yang berlangsung selama 4 hari untuk mereka. Dalam program itu, para mahasiswa diberikan peluang untuk tinggal bersama dengan penduduk di sebuah kampung dekat Kuala Lumpur. Pengalaman itu dianggap amat istimewa dan sukar untuk dilupakan oleh para mashasiswa, terutama bagi Xie Kankan, pelajar tahun pertama yang BFSU kerana dapat merayakan hari lahirnya yang ke-19 bersama-sama dengan "anggota keluarga angkat".
Pada akhir lawatan tersebut, pensyarah bahasa Melayu BFSU, Shao Ying memberitahu wartawan bahawa lawatan itu mencapai hasil yang amat memberangsangkan, lebih-lebih lagi menanam benih persahabatan dalam hati generasi muda. 1 2
|