v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Persiapan untuk Ekspo China-ASEAN Berjalan dengan Lancar

2007-09-28 19:46:18 CRI

Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Etnik Zhuang Guangxi China pada 28 Oktober tahun ini. Ekspo yang diadakan setahun sekali itu telah dianjurkan sebanyak tiga kali sejak tahun 2004.

Semasa diwawancara oleh wartawan yang mengikuti aktiviti liputan bersama "fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" baru-baru ini, Naib Ketua Setiausaha Ekspo China-ASEAN, Encik Wang Lei telah merumuskan pengalaman kejayaan dalam penganjuran ekspo tersebut. Beliau berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang menyumbang kepada kejayaan eskpo tersebut. Beliau berkata: "Yang pertama, pemimpin China dan pelbagai negara ASEAN telah memberi keutamaan yang tinggi dan pelbagai badan kedua-dua pihak juga telah melakukan usaha yang gigih untuk menjayakan ekspo tersebut. Kedua, penganjuran ekspo itu berdasarkan kepada perkembangan hubungan yang baik antara China dengan ASEAN dalam bidang politik dan ekonomi terutamanya kemajuan yang dicapai dalam proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah dagangan antara China dengan ASEAN telah mengekalkan pertumbuhan yang pesat dengan pelaksanaan secara menyeluruh Perjanjian Perdagangan Kargo dan penandatanganan Perdagangan Perkhidmatan antara kedua-dua pihak. Sementara itu, kerajaan China dan pelbagai negara ASEAN telah mengintensifkan pelaksanaan dasar keutamaan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan antara satu sama lain. Ini telah menyediakan potensi yang lebih meluas dalam peningkatan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak dan juga menyediakan asas yang kepada perkembangan Ekspo China-ASEAN dalam jangka panjang.

Berdasarkan pengalaman yang dirumuskan daripada penganjuran sebanyak tiga kali sebelum itu, kerja-kerja persiapan bagi Ekspo China-ASEAN Ke-4 kini berjalan dengan amat lancar. Encik Wang Lei memaklumkan bahawa kini hampir kesemua 2000 buah gerai pameran untuk perusahaan China dalam ekspo tersebut telah habis ditempah. Perusahaan China yang berkenaan akan mempamerkan produk mereka berdasarkan keperluaan dalam pasaran di pelbagai negara ASEAN.

Sementara itu, kerja penawaran gerai pameran kepada perusahaan negara ASEAN juga berjalan dengan lancar. Dimaklumkan bahawa jumlah gerai pameran untuk negara ASEAN telah menunjukkan pertambahan yang ketara banyak berbanding dengan tahun lepas. Kini, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Myanmar telah memohon ruang pameran tersediri bagi mempamerkan barangan masing-masing. Konsul Besar Kemboja ke Nanning, Encik Bun Sarith memaklumkan: "Setakat ini, terdapat 34 buah perusahaan Kemboja telah memohon untuk menyertai Ekspo China-ASEAN Ke-4. Perusahaan-perusahaan itu melibatkan industri pertanian, pemprosesan bahan kayu dan pembuatan makanan. Saya yakin bahawa lebih banyak perusahaan Kemboja akan memohon untuk menyertai eskpo tersebut."

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |