Kini, kerajaan Guangxi China sedang melakukan usaha yang gigih untuk menyediakan layanan yang baik kepada perusahaan negara ASEAN yang menyertai Ekspo China-ASEAN Ke-4.
Naib Ketua Setiausaha Ekspo China-ASEAN, Wang Lei memaklumkan bahawa terdapat ciri-ciri baru dalam penganjuran Ekspo China-ASEAN pada tahun ini. Katanya: "Pertama, kami akan melakukan aktiviti promosi yang khusus untuk sesebuah negara. Kedua, penganjuran Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan tertumpu kepada peningkatan kerjasama yang bersifat pragmatik. Selain itu, Forum Kerjasama dan Pembangunan Pelabuhan China-ASEAN akan diadakan dalam tempoh ekspo tersebut. Ketiga, penganjuran ekspo kali ini akan memberi keutamaan kepada keefisienan dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta taraf profesional.
Beliau menjelaskan selepas perbincangan yang diadakan antara China dengan pelbagai negara ASEAN, aktiviti promosi khusus akan dijalankan untuk satu atau dua negara yang terpilih dalam penganjuran Ekspo China-ASEAN pada masa depan. Sementara itu, datuk bandar daripada pelbagai bandar pelabuhan yang penting, ketua syarikat pengangkutan laut serta wakil-wakil daripada syarikat pengeluar kelengkapan pelabuhan dan syarikat pengedaran barangan dan pelabuhan akan diundang untuk menyertai Forum Kerjasama dan Pembangunan China-ASEAN supaya bersama-sama membincangkan isu kerjasama pelabuhan antara China dengan ASEAN.
Kini, Ekspo China-ASEAN telah dibuktikan berkesan dalam menarik pelaburan negara ASEAN apabila semakin ramai ahli perniagaan dari negara ASEAN datang ke bandar Nanning. Cara untuk menyediakan tempat penginapan dan persantaian yang selesa kepada mereka telah menjadi usaha yang ditumpukan oleh kerajaan bandar Nanning. Oleh hal yang sedemikian, kerajaan Nanning telah merancang penubuhan Zon Perniagaan Antarabangsa China-ASEAN.
Encik Wei yang bertanggungjawab terhadap penubuhan zon perniagaan tersebut memberitahun wartawan bahawa "Zon Perniagaan Antarabangsa China-ASEAN terdiri daripada tiga bahagian, iaitu zon perniagaan pusat, zon pejabat perhubungan dan zon untuk bersantai. Kini, bangunan pejabat perniagaan untuk Malaysia, Vietnam dan Laos telah selesai dibina, manakala pembinaan bangunan pejabat untuk pelbagai negara yang lain akan diselesaikan menjelang akhir tahun ini. Pembinaan Zon Perniagaan Antarabangsa China-ASEAN itu dijangka akan diselesaikan pada asasnya dalam tempoh 5 tahun akan datang."
Pejabat konsulat dan badan perniagaan pelbagai negara ASEAN akan dipindah masuk ke Zon Perniagaan Antarabangsa China-ASEAN. Perkara ini akan memudahkan pihak ahli perniagaan untuk menjalankan urusan mereka. Selain itu, zon perniagaan itu juga akan disempurnakan dengan sebuah sekolah supaya anak-anak para pelabur boleh bersekolah di sana.
Selain itu, perkhidmatan perhotelan, pengangkutan, keselamatan dan sukarelawan telah disempurnakan dari semasa ke semasa bagi menjayakan Ekspo China-ASEAN. Yakinlah dengan usaha sama pelbagai pihak, Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan dapat menyediakan peluang perdagangan yang lebih banyak kepada perusahaan China dan negara-negara ASEAN. 1 2
|