Pemandangan di Guilin, Guangxi China.
Wilayah Autonomi Entik Zhuang Guangxi, China yang bersempadan dengan Vietnam mempunyai kelebihan geografi yang amat unggul untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai negara ASEAN dalam industri pelancongan. Kini, kerajaan tempatan Guangxi sedang bergiat untuk membentuk jaringan laluan darat, laut dan udara yang menghubungkan negara-negara ASEAN bagi merancakkan kerjasama industri pelancongan antara kedua-dua pihak.
Guangxi dan pelbagai negara ASEAN mempunyai sumber pelancongan yang amat unik dan juga berbeza. Di Guangxi, terdapat pemandangan gunung dan sungai yang amat indah permai di Guilin, Pantai Perak Beihai yang dikenali dengan nama "pantai pertama di dunia" serta Air Terjun Detian yang merupakan air terjun paling besar di Asia. Manakala, juga terdapat destinasi-destinasi pelancongan yang amat menarik dan diminati ramai oleh para pelancong di negara ASEAN, seperti yang disenarikan sebagai Warisan Alam Dunia, Ha Long Bay di Vietnam, Angkor Wat, Kemboja yang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia UNESCO serta Pulau Pali, Indonesia yang mempunyai pemandangan alam yang amat indah. Walau bagaimanapun, perkembangan kerjasama pelancongan antara Guangxi dengan ASEAN telah tersekat disebabkan oleh laluan komunikasi yang kurang sempurna pada masa sebelum itu. Kini, seiring hubungan yang semakin erat antara China dengan ASEAN, pelbagai kerajaan tempatan Guangxi telah memberi tumpuan perhatian kepada usaha pembangunan pengangkutan terutamanya rangkaian jalan raya, laluan laut dan udara yang menghubungkan negara ASEAN. "Kami merancang untuk membuka laluan penerbangan langsung antara Guilin dengan semua negara ASEAN dalam tempoh 5 tahun akan datang."
Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar Guilin, Guangxi, Encik Zhang Xiulong. Kini, terdapat ratusan ribu orang pelancong dari negara ASEAN melawat ke Guilin pada setiap tahun. Manakala, hanya terdapat dua laluan penerbangan langsung antara Guilin dengan negara ASEAN, iaitu laluan penerbangan dari Guilin ke Bangkok dan Kuala Lumpur. Oleh hal yang sedemikian, kerajaan Guilin telah memperuntukkan dana sebanyak 7 juta Yuan Renminbi kepada syarikat penerbangan dalam usaha menyempurnakan kemudahan dan membuka laluan penerbangan yang baru.
1 2
|