v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Komunikasi Diutamakan dalam Peningkatan Kerjasama Pelancongan ASEAN

2007-10-12 18:31:37 CRI

Air Terjun Detian

Pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Liangjiang Guilin, Encik Xu memaklumkan: "Bagi memenuhi permintaan pengangkutan seiring penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, kami merancang untuk membuka laluan penerbangan laungsung ke Jakarta, Indonesia, Angkor Wat, Kemboja dan Bandar Ho Chi Min, Vietnam. Selain itu, kami juga akan mewujudkan penerbangan carter ke pelbagai negara ASEAN. Perkara itu akan memudahkan perjalanan para pelancong dari China dan ASEAN."

Bandar Beihai juga merupakan sebuah destinasi pelancongan yang amat terkenal di Guangxi China. Beihai merupakan sebuah bandar pesisir pantai dan mempunyai satu laluan pelancongan laut ke Ha Long Bay Vietnam. Jumlah pelancong yang mengikuti laluan pelancongan laut itu telah mencecah 100 ribu orang pada tahun lepas dan dijangka akan mencatat lebih 150 ribu orang pada tahun ini. Datuk Bandar Beihai, Lian Nongyou berkata: "Kami akan menambah pernerbangan dan memanjangkan laluan laut itu sehingga ke Bandar Danang dan Bandar Ho Chi Min dan seterusnya ke Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Brunei."

Kini, peningkatan kerjasama pengangkutan telah menjadi satu persepakatan yang dicapai oleh Guangxi dan pelbagai negara ASEAN. Dalam pertemuan yang diadakan antara Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Liu Qibao dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada setengah tahun pertama tahun ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan dan menyelesaikan pembinaan jalan raya yang menghubungkan bandar Nanning, ibu kota Guangxi dengan Singapura dalam tempoh 5 hingga 7 tahun akan datang.

Naib Pengurus Program Radio Antarabangsa Singapura (RSI), Encik Lee Yong Tick berkata: "Selepas jalan raya antara Nanning dan Singapura selesai dibina, ramai pelancong akan mengikuti laluan tersebut kerana rakyat Singapura amat berminat untuk melancong ke Malaysia dan Thailand dengan memandu kereta, maka amat baguslah kalau jalan raya itu boleh terus sampai ke Nanning."

Wartawan Filipina, Ephraim B. Antonio Jr menyatakan bahawa beliau berharap dapat melawat ke Guangxi dengan mengikut penerbangan langsung dan juga ingin melihat lebih ramai pelancong China datang melawat ke Filipina. Beliau berkata: "Kini, masih belum wujud penerbangan langsung dari Filipina ke Guangxi. Jika wujudnya penerbangan langsung akan mengurangkan masa dalam perjalanan dan memudahkan perjalanan para pelancong. Selain itu, pembukaan penerbangan langsung juga akan menambah keefisienan ekonomi dan mewujudkan situasi menang-menang kepada Guangxi dan Filipina.

Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan diadakan pada penghujung bulan Oktober nanti. Pelbagai pihak akan mengekalkan aktiviti promosi pelancongan dalam ekspo tersebut kerana industri pelancongan ini telah menjadi satu komponen penting dalam kerjasama China-ASEAN dan memainkan peranan yang penting bagi mendorong persahabatan dan menjana pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |