v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cita-cita Wartawan yang Mengikuti Aktiviti Lipuan "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu"

2007-10-26 10:09:16 CRI

Dalam aktiviti liputan bersama "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" yang dijalankan pada bulan September lalu, lebih 70 orang wartawan daripada 26 buah media dari China, Malaysia, Kemboja, Indonesia, Laos dan pelbagai negara ASEAN yang lain serta Jepun telah mengadakan lawtatan ke 8 buah bandar di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, antaranya termasuk Nanning, Chongzuo, Fangchenggang, Qinzhou, Beihai, Yulin, Liuzhou dan Guilin. Dalam lawatan tersebut, mereka telah membuat siri laporan mengenai topik-topik seperti keunggulan lokasi Guangxi, usaha Guangxi dalam pembangunan infrastruktur terutamanya pembinaan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang, kerjasama antara Guangxi dengan negara ASEAN dalam ekonomi, kebudayaan dan pelancongan serta kerja persiapan untuk Ekspo China-ASEAN Ke-4.

Fangchenggang, Qinzhou dan Beihai merupakan tiga bandar yang mempunyai pelabuhan besar di Guangxi dan 3 buah pelabuhan besar tersebut adalah antara kesemua 12 buah pelabuhan utama di China. Ketiga-tiga pelabuhan itu mempunyai sebanyak 60 buah tempat persinggahan dan mempunyai laluan perkapalan dengan lebih 220 buah pelabuhan dari 80 buah negara dan kawasan. Jumlah muatan dan punggahan kargo ketiga-tiga pelabuhan itu mencatat seratus juta tan pada tahun lalu dan telah menguruskan banyak kargo dari negara ASEAN. Apabila melawat ke pelabuhan-pelabuhan tersebut, wartawan dari pelbagai negara ASEAN telah menunjukkan minat mereka terhadap peranan berbeza yang dimaikan oleh ketiga-tiga pelabuhan tersebut dan fungsi saling melengkapi antara mereka. Mereka berpendapat bahawa kerjasama pelabuhan dapat mendorong pertukaran ekonomi dan perdagangan dan memberi manfaat kepada pelbagai negara. Wartawan dari Radio ABS-CBN Filipina, Ephram B Antonil Jr berkata: "Kebanyakan perdagangan yang dijalankan oleh negara ASEAN dan China adalah melalui laluan laut. Sama seperti Filipina, China juga mempunyai pelabuhan yang amat unggul dan bersifat terbuka. Kerjasama antara pelabuhan kedua-dua pihak akan mendorong pertukaran ekonomi dan perdagangan dan pastinya akan memberi faedah besar kepada rantau China-ASEAN.

Seiring dengan peningkatan kerjasama ekonomo dan perdagangan antara Guangxi dengan pelbagai negara ASEAN, indutri logam bukan ferus, industri petrokimia, industri bahan binaan dan pembuatan kertas telah berkembang pesat di kawasan pesisir pantai Guangxi. Guangxi yang mempunyai keunggulan besar dari segi lokasi dan pelabuhan telah menarik perhatian para pelabur dalam dan luar negara. Kini, pelbagai syarikat terkemuka dari seluruh dunia, seperti GM A.S., Kumpulan CP Thailand dan Kumpulan APP Indonesia telah menubuhkan syarikatnya di Guangxi.

Syarika Automobil Dongfeng merupakan salah satu daripada 3 syarikat terbesr dalam industri pembuatan automobil di China. Urus niaga syarikat itu meliputi pembuatan kereta, alat ganti dan pengeluaran kelengkapan kereta. Jumlah pengeksportan Syarikat Automobil Dongfeng telah mencatat 3 juta 957 ribu dolar Amerika dari Januari hingga April tahun ini dan kebanyakannya adalah dieksport ke negara ASEAN. Semasa membuat liputan di Syarikat Kenderaan Dongfeng-Liuzhou di bandar Liuzhou, wartawan dari Stesen TV dan Radio Indonesia, Hozilah telah mewawancari petugas syarikat itu tentang penjualan kereta jenama itu di Indonesia dan apakah syarikat itu merancang untuk menjalankan kerjasama dengan Indonesia.

Beliau berkata: "Pembangunan Guangxi telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saha, khususnya apabila melihat kereta buatan bandar Liuzhou yang amat berdaya saing di pasaran ASEAN. Saya tengok kereta keluaran syarikat ini amat sesuai untuk dipakai oleh keluarga biasa di indonesia kerana ruang dalamnya besar dan mempunyai tempat duduk yang banyak. Selain itu, kereta itu mempunyai pelbagai fungsi dan berkualiti tinggi serta berharga murah kalau dibandingkan dengan kereta dari Eropah dan Jepun.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |