Semasa mengadakan liputan, para wartawan telah menumpukan perhatian terhadap kepada usaha sektor automobil dan pemesinan Guangxi untuk meneroka pasaran di negara ASEAN dan berpendapat bahawa produk kereta dan mesin kejuruteraan keluaran syarikat-syarikat tersebut mempunyai potensi pasaran yang amat besar di Vietnam, Laos, Kemboja dan beberapa negara ASEAN lain yang sedang menjalankan pembangunan yang pesat.
Semasa mengadakan lawatan ke Kumpulan Peralatan Mesin Yuchai, salah satu pangkalan pengeluaran enjin pembakaran dalam yang terbesar di China, wartawan dimaklumkan bahawa Kumpulan Yuchai telah membuka jabatan pertamanya di seberang laut di Vietnam pada tahun 1997. Wartawan daripada Stesen TV Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, Doan Thanh Luong berkata: "Keunggulan yang saling melengkapi antara satu sama lain telah memanfaatkan perkembangan hubungan China dan ASEAN. Enjin buatan Kumpulan Yuchai diperkenalkan ke Vietnam telah memberi bantuan besar kepada pembangunan Vietnam. Kini, Vitenam sedang berada dalam proses pembangunan dan amat memerlukan produk seperti itu."
Dalam sepanjang perjalanan lawatan di Guangxi, pemandangan yang indah serta bandar-bandar yang maju dan moden di Guangxi telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada wartawan pelbagai negara.
Wartawan dari Stesen Radio Indonesia, Rita Asmara berkata: "Sebagai seorang wartawan, saya akan membuat lebih banyak laporan supaya rakyat di negara kami dapat mengetahui tentang negara China dan mendorong kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang seperti industri dan pelancongan demi mencapai kejayaan bersama."
Pengetahuan rakyat ASEAN tentang kerjasama antara China dengan ASEAN terutamanya diperoleh daripada laporan yang dibuat oleh pihak media. Wartawan Kemboja, Hy Helene berkata: "Aktiviti ini merupakan satu peluang yang amat baik kepada wartawan dari ASEAN kerana boleh bersama-sama mendapat pengetahuan tentang China dan Guangxi dengan lebih dekat. Pihak Media Guangxi dan media pelbagai negara ASEAN telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan sekian lama. Kita boleh menjalankan kerjasama yang lebih meluas, bukan sahaja dalam bidang media, bahkan boleh mendorong kerjasama dan pertukaran dalam bidang-bidang yang lain." 1 2
|