v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cafe Sambal-Restoran Malaysia yang Unik di Beijing

2008-02-01 11:47:18 CRI

Sekarang ini, terdapat lebih sepuluh buah restoran Malaysia di Beijing. Masakan restoran Malaysia yang penuh cita rasa, terutama pelbagai masakan kari yang mendapat sambutan baik daripada para pelanggan dan turut menjadikan restoran tersebut sangat popular dan dikenali ramai, Cafe Sambal yang akan kami perkenalkan ini boleh dikatakan yang paling unik, malah di Malaysia sendiri pun restoran seumpama itu sukar untuk ditemukan.

Keunikan Cafe Sambal yang utama ialah lokasi, berbeza dengan pelbagai restoran asing yang lain, yang kebanyakannya dibuka di kawasan yang berdekatan Kedutaan Besar mereka atau di kawasan beli-belah, Cafe Sambal dibuka di sebuah lorong lama dengan menggunakan sebuah rumah tradisional penduduk Beijing yang dibaik pulih. Walaupun kawasan restoran Cafe Sambal agak sunyi berbanding dengan restoran yang lain, namun sejak dibuka 7 tahun yang lalu, restoran Cafe Sambal ini terus diminati oleh para pengunjung dan menjadi cukup terkenal. Ketua Pengurus restoran Cafe Sambal, Cik Catherine yang berasal dari Kuala Lumpur memberi tahun wartawan: "Jarang ada restoran seperti Cafe Sambal yang dibuka di lorong yang lama. Sebenarnya kami berhasrat untuk menyediakan satu suasana yang istimewa dan memberi pengalaman yang lain rasanya kepada para pelanggan. Barang-barang hiasan di sini termasuk meja dan kerusi semuanya dipilih dengan teliti dan mampu memberikan kenangan yang mendalam kepada para pelanggan. Saya rasa Cafe Sambal bukan hanya sebuah restoran, malah ia boleh dianggap sebuah 'muzium'".

Seperti yang diperkenalkan oleh Cik Catherine, bangunan restoran Cafe Sambal asalnya ialah sebuah rumah tradisonal Beijing yang setingkat dan mempunyai sebuah laman seluas kira-kira 50 meter persegi. Walaupun telah dibaik pulih dan dihias, namun ragam seni bina tradisonal Beijing dikekalkan di bangunan restoran ini. Selain itu, meja dan kerusi yang di Cafe Sambal merupakan satu lagi kenunikan bagi restoran tersebut. Semua meja dan kerusi terbuat daripada kayu dan juga beragam tradisional China. Kakitangan restoran Cafe Sambal memberitahu wartawan bahawa meja dan kerusi itu dibeli dari pelbagai tempat, kebanyakannya tempat bersejarah dan merupakan barang koleksi yang bernilai. Perabot dan barang hiasan yang beragam primitif dan sederhana menjadikan Cafe Sambal seolah-olah sebuah rumah penduduk Beijing seratus tahun yang lalu.

Suasana di restoran Cafe Sambal amat bercirikan tradisional China, manakala masakan yang disediakan oleh restoran itu betul-betul mempunyai cita rasa Malaysia, seperti ayam kari, udang butter, sate dan lauk-pauk serta kuih-muih yang lain membolehkan penduduk Beijing untuk merasai masaka cita rasa Malaysia yang sedap dan istimewa. Cik Catherine memaklumkan: "Kebanyakan rempah yang kami gunakan adalah dibawa dari Malaysia supaya masakan yang kami sediakan mempunyai cita rasa yang asli. Lauk-pauk yang berkari paling disukai pelanggan. Cara orang Malaysia membuat kari dan rempah yang digunakan berlainan dengan rempah India, dan lebih rasanya mudah untuk diterima oleh pelanggan di sini.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |