v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cafe Sambal-Restoran Malaysia yang Unik di Beijing

2008-02-01 11:47:18 CRI

Kini, terdapat 7 orang tukang masak di restoran Cafe Sambal, semuanya orang China dan pernah mengikuti latihan memasak masakan Malaysia. Encik Qiao telah bertugas di Cafe Sambal selama lebih 3 tahun, dan sebelum ini beliau ialah tukang masak masakan China. Semasa membandingkan masakan Malaysia dengan masakan China, beliau berkata: "Lebih banyak jenis rempah digunakan ketika menyediakan masakan Malaysia. Mula-mula terasa sangat susah untuk belajar memasak masakan Malaysia kerana terlalu banyak jenis rempah yang perlu digunakan, apatah lagi banyak pula yang saya tak kenal. Jika saya mencuba lauk-pauk China, senang sahaja saya tahu jenis rempah yang digunakan, sedangkan amat susah untuk saya mengetahui apa rempah yang digunakan dalam masakan Malaysia, kerana jenis rempah yang digunakan selalunya sangat banyak. Kalau ada peluang, saya juga mahu pergi ke Malaysia untuk mencuba lebih banyak masakan Malaysia yang enak dan juga untuk meningkatkan lagi kepandaian saya dalam bidang masakan.

Cik Chen yang berasal dari bandar Beijing ialah seorang pelanggan lama Cafe Sambal dan dia selalu membawa anggota keluarga dan kawannya ke restoran itu. Dia memberitahu wartawan: "Saya selalu pergi ke Malaysia untuk berurus niaga dan sangat suka kepada masakan Malaysia. Tiga tahun yang lalu, saya pergi ke Cafe Sambal buat pertama kali dan mendapati restoran ini sangat unik, masakannya juga bercita rasa asli Malaysia. Jika ada kawan dari Malaysia datang ke Beijing, saya selalu membawa mereka datang ke sini. Mereka juga boleh turut menghayati kebudayaan tradisional di lorong Beijing."

Baiklah saudara pendengar, demikian tadi telah kami sampaikan pengenalan tentang Cafe Sambal, sebuah restoran Malaysia yang dibuka di lorong lama bandar Beijing. Apakah saudara juga berminat kepada restoran itu. Jika ada peluang bolehlah saudara berkunjung ke Cafe Sambal. Alamatnya ialah No.43, Lorong Doufuchi, Jalan Jiugulou, Beijing.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |