v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zumuer Hudabaierdi, Hakim Etnik Tajik di Dataran Tinggi Pamir China

2008-02-28 15:34:13 CRI

Zumuer Hudabaierdi, berumur 50 tahun menyandang jawatan sebagai Ketua Majistret di Daerah Aketao Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Kawasan itu agak meluas, namun jumlah penduduk tidak ramai. Kebanyakan penduduk di kawasan itu merupakan penggembala yang tinggal secara berpuak-puak. Encik Zumuer Hudabaierdi selalu bersama-sama kakitangannya berjalan kaki atau menunggang unta dan keldai untuk mengendalikan kes penduduk di pelbagai tempat di kawasan tersebut. Kumpulan majistret yang diketuai oleh Encik Zumuer Hudabaierdi dikenali sebagai majistret meronda. Beliau berkata: "Saya selalu berjalan lebih 800 kilometer ke kawasan pergunungan untuk mengendalikan kes. Di sana, tidak terdapat kemudahan tempat untuk tujuan perbicaraan berkenaan. Jadi kami mengumpulkan beberapa buah batu, dan sekretariat membuat catatan di atas batu itu. Begitulah cara kami mengendalikan kes penduduk."

Walaupun kemudahan kumpulan majistret meronda tersebut amat tidak selesa, namun sikap Encik Zumuer Hudabaierdi dalam mengendali kes secara ikhlas dan keputusan yang diberikan olehnya dianggap sangat adil. Penduduk di kawasan itu amat percaya kepadanya kerana peribadi mulia itu, terdapat penduduk tempatan yang menamakan anak mereka dengan nama hakim itu. Mereka berharap anak itu dapat mewarisi sikap mulia dan adil seperti hakim Zumuer.

Encik Alamuhan ialah seorang penggembala di ladang ternakan Aketala. Encik Zumuer Hudabaierdi pernah mengendalikan kes beliau. Encik Alamuhan berkata: "Hakim Zumuer Hudabaierdi amat baik hati. Beliau mengendalikan semua kes dengan bersungguh-sungguh. Kami amat suka cara beliau mengendalikan kes. Zumuer Hudabaierdi selalu memperkenalkan pengetahuan undang-undang kepada kami. Beliau selalu mebukakan pertanyaan dan kesempatan ini kami gunakan untuk bertanya sebarang persoalan kepada beliau."

Sememangnya Hudabaierdi mengendalikan kes dengan baik dan ramah dan mempermudahkan pengetahuan undang-undang kepada penduduk untuk meningkatkan kesedaran mereka dalam bidang undang-undang.

Majistret Aketalafa menguasai 5 daerah. Terdapat sebuah ladang ternakan dan dua buah lombong arang batu di kawasan tersebut. Lebih 30 ribu orang penggembala keturunan etnik Kirgiz, Tajik dan Uygur diam di kawasan tersebut. Kumpulan majistret Zumuer Hudabaierdi bergerak ke pelbagai daerah, ladang dan lombong amat jauh, yang paling dekat pun lebih 100 kilometer dan paling jauh mencapai 500 kilometer. Pegawai daripada Mahkamah Kaunti Aketao, Encik Yu Tianchen berkata: "Majistret Zumuer Hudabaierdi menguasai kawasan lebih 10 ribu kilometer persegi. Kami memanggil beliau sebagai ketua mahkamah disebabkan kawasan yang dikuasai olehnya lebih luas berbanding dengan kawasan yang dikuasai oleh ketua mahkamah sendiri."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |