Encik Yu Tianchen turut menyatakan "Semasa mahkamah tinggi dan mahkamah tengah Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang meninjau kawasan kami, mereka agak terharu dengan kerja kami. Keadaan persekitaran yang begitu buruk, dan tidak terdapat kemudahan jalan dan komunikasi, namun kami dengan bersungguh-sungguh mengendalikan kes penduduk."
Encik Zumuer Hudabaierdi sudah berkhidmat untuk penduduk di Dataran Tinggi Pamir selama 20 tahun. Abuduaini, rakan beliau berkata: "Pada suatu hari, saya dan Zumuer Hudabaierdi menunggang kuda selama 7 hingga 8 jam untuk mengendalikan kes di sebuah kampung. Di satu jalan di puncak gunung yang amat sempit, Encik Zumuer telah terjatuh daripada kuda dan hampir terjatuh ke kaki gunung. Perjalanan di sana amat berbahaya."
Encik Zumuer berkata, semasa menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas, beliau sangat merindukan isteri dan anaknya, dan ini membuatkan hatinya menjadi tenang.
Tuernihan Mamaiti, isteri Zumuer merupakan seorang guru sekolah rendah yang telah bersara daripada perkhidmatan perguruan. Beliau berkata: "Suami saya sibuk bekerja dan selalu tidak balik ke rumah. Saya selalu menangis dan merasa beliau tidak sayang pada saya."
Setelah sekian lama, Puan Tuernihan Mamaiti dapat memahami tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh suaminya. Beliau tidak lagi menangis keranan selalu ditinggalkan, sebaliknya memberi semangat. Atas sokongan isterinya, Zumuer Hudabaierdi bekerja lebih cemerlang.
Pasangan ini mempunyai tiga orang anak lelaki. Namun Zumuer jarang mempunyai masa untuk menemui anak-anaknya. Bagaimanapun anak-anak itu sangat sayang pada ayah mereka dan berpendapat a ayah mereka merupakan seorang hakim yang cemerlang. Anak sulungnya, Rexiati berkata: "Ayah kami bekerja dengan bersungguh-sungguh dan telah memberikan perhatian yang lebih terhadap pekerjaannya. Semasa mengendalikan kes di kawasan pergunungan, beliau sering tidak pulang untuk menemani kami pada sebelah malam. Hanya sewaktu cuti rehat, beliau dapat bersama-sama kami di rumah"
Kerana dedikasi dan bekerja dengan gemilang, Encik Zumuer memperoleh pelbagai hadiah daripada kerajaan serta hormat dan kasih sayang daripada rakyat. Beliau dipandang tinggi sebagai hakim yang paling dipercayai oleh penduduk di kawasan itu.
------Andika 1 2
|