
Abdul Latif Khan mula berkhidmat untuk Kumpulan Permaidani Kambing Tibet Qinghai Berhad China pada tahun 2005. Beliau memberi sumbangan yang besar dalam pembaharuan teknik bagi industri pembuatan karpet China. Pada tahun 2007, Abdul Latif Khan dianugerahkan Hadiah Persahabatan Negara. Hadiah itu merupakan hadiah peringkat tertinggi daripada kerajaan China kepada pakar asing. Semasa menyambut hari kebangsaan China pada 1 Oktober setiap tahun, pemenang hadiah itu akan hadir ke majlis penyampaian hadiah di Beijing dan ditemui oleh pemimpin negara. Abdul Latif Khan berkata: "Keluarga dan rakan-rakan saya amat gembira kerana saya memperoleh hadiah tersebut. Pakistan dan China merupakan negara bersahabat. Rakan-rakan China saya memberi banyak bantuan kepada saya, hadiah itu juga dimiliki oleh mereka."
Rakan-rakan Abdul Latif Khan amat kagum dengan beliau kerana gigih dan rajin bekerja. Xing Kerong, salah seorang rakannya menyatakan, semasa mencipta produk yang baru, Abdul Latif Khan mengawal setiap proses serta menyampaikan teknik dan pengalamannya kepada rakan-rakan beliau. Tambahnya, "Abdul Latif Khan amat rajin bekerja. Beliau berusaha berkongsi pengalaman dan tekniknya kepada kami. Dengan bantuan beliau, kami dapat mengatasi pelbagai masalah dalam pengeluaran."
Dengan bantuan Abdul Latif Khan, Kumpulan Permaidani Kambing Tibet Qinghai Berhad telah memperoleh 6 paten negara dalam bidang pengeluaran permaidani.
1 2
|