v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Abdul Latif Khan, Pakar Pembuatan Karpet Pakistan yang Bekerja di China

2008-04-24 14:56:34 CRI

Abdul Latif Khan menyatakan, provinsi Qinghai merupakan dataran tinggi. Semasa baru bekerja di provinsi itu, saya tidak biasa dengan iklim di sini. Kini, saya telah dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan kehidupan di sini. Katanya, "Dalam tempoh 2 minggu semasa baru bekerja di Qinghai, saya selalu berasa sakit kepala kerana kawasan tersebut amat tinggi. Kini, saya sudah biasa dengan iklim di dataran tinggi."

Abdul Latif Khan menyatakan, Qinghai mempunyai banyak destinasi pelancongan alam yang indah seperti Tasik Qinghai. Beliau tertarik dengan pemandangan yang indah di Qinghai. Tambah beliau, penduduk di Qinghai amat baik hati dan berbudi bahasa. Bekerja di China baginya merupakan pilihan yang bijaksana. Katanya, "Saya pernah bekerja di 7 negara. Tetapi di China saya lebih tertarik rakyat China amat mesra dan baik hati. Saya bekerja di Qinghai rasanya seperti bekerja di kampung halaman sendiri. Semasa saya membeli-belah di kedai dan makan di restoran, penduduk Qinghai akan menyapa dengan mesra berbual-bual dengan saya."

Dalam tempoh 3 tahun setelah Abdul Latif Khan bekerja di Qinghai, beliau menyaksikan perkembangan yang pesat di provinsi itu. "Semasa saya baru bekerja di Qinghai pada tahun 2005, Lapangan Terbang Xining, ibu kota Qinghai jauh ketinggalan, lift pun tidak ada. Kini, jauh berbeza, lapangan terbang itu agak maju dan moden.demikian juga pemikiran penduduk Qinghai kian terbuka dan moden."

Encik Abdul Latif Khan hidup selesa di Qinghai, dan mendapat rakan-rakan yang amat mesra. Tetapi beliau amat rindu akan isterinya yang cantik dan 4 orang anaknya yang comel. Semasa memperoleh Hadiah Persahabatan Negara pada tahun 2007, isteri dan anak-anaknya datang ke China untuk menziarahi beliau. Katanya, "Ayah saya sudah berumur 102 tahun. Beliau dengan isteri dan anak-anak saya tinggal di Pakisan. Saya amat rindu kepada mereka. Tetapi, saya pun suka dengan kerja saya di China. Saya akan berusaha menjemput mereka untuk tinggal bersama-sama dengan saya di China kelak."

------Andika


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |