v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Program Pertukaran Mahasiswa UM ke BFSU Dimulakan

2008-05-23 14:45:20 CRI

Rombongan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) yang terdiri daripada 45 orang pelajar tiba di Beijing pada Khamis lalu untuk mengikuti program pertukaran pelajar selama sebulan setengah di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU). Selain mengikuti kelas bahasa Mandarin di bilik kuliah, para pelajar Malaysia akan dibawa mengunjungi destinasi yang bersejarah dan terkenal di Beijing seperti Lapangan Tiananmen, Tembok Besar, Istana Musim Panas, Kota Larangan dan Muzium Negara. Seterusnya, sila ikuti laporan oleh wartawan CRI, Puspa mengenai program tersebut.

Puspa: Pada 15 Mei lalu, rombongan mahasiswa dari Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya yang diketuai oleh Pengarah APM, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan tiba di Beijing untuk memulakan pelajaran bahasa Mandarin mereka selama sebulan setengah di BFSU. Kedatangan para pelajar Malaysia mendapat sambutan yang cukup mesra daripada Ketua Pusat Pengajian Melayu China Prof. Wu Zongyu, Pengarah Jabatan Pengajaran Bahasa Melayu BFSU, Prof. Zhao Yuezhen, Penyandang Kerusi Pengajian Melayu di BSFU, Prof Dr. Awang Sariyan, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar bahasa Melayu tahun dua dan tahun tiga dari BFSU.

Program pertukaran mahasiswa APM Universiti Malaya ke BFSU ini merupakan lawatan balas kepada program pertukaran pelajar BFSU ke Malaysia. Pada tahun lalu, satu kelas pelajar pengajian bahasa Melayu tahun tiga dari BFSU telah belajar di UM selama satu semester. Mereka telah mendapat pendedahan kepada aspek bahasa, budaya, kesenian dan cara hidup masyarakat Melayu melalui pelbagai aktiviti yang menarik.

Pengarah APM, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata: "Dengan mengenali kebudayaan China lebih dekat, walaupun selama 45 hari, itu sudah cukup bagus untuk mereka didedahkan seperti mana pelajar-pelajar BFSU di Malaysia. Kita dapat merasakan kehidupan, menghargai kedamaian dan merasakan baik budi pelajar-pelajar China."

Timbalan Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan yang turut mengiringi kumpulan pelajar itu memberitahu wartawan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih dalam program pertukaran ini boleh dikatakan antara yang terbaik di APM, Universiti Malaya.

"Pelajar-pelajar yang mengikut program pertukaran dari APM seramai 45 orang, manakala 13 merupakan pelajar lelaki dan 32 merupakan pelajar perempuan. Meraka terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai jabatan, ada yang dari Jabatan Bahasa, Jabatan Lingustik, Jabatan Sastera, Sosial Budaya dan Kesenian.

Pemilihan pelajar itu bukan sahaja kami melihat dari segi aktif mereka sewaktu di kampus, dan kami juga melihat dari segi pencapaian akademik mereka, markah mereka. Ada pelajar-pelajar yang mendapat anugerah dekan."

Ketua Pusat Pengajian Melayu BFSU, Prof. Wu Zongyu ialah tokoh bahasa Melayu yang terkenal di China. Beliau telah melakukan usaha yang murni bagi menjayakan program pertukaran ini.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |