v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Program Pertukaran Mahasiswa UM ke BFSU Dimulakan

2008-05-23 14:45:20 CRI

Di mata para pelajar, Prof Wu seperti "datuk" mereka. Pada pagi hari kedua para pelajar Malaysia berada di Beijing, Prof Wu amat mengambil berat keadaan pelajar Malaysia itu pada hari pertama di kampus. Beliau juga mengatur setiap pelajar pengajian bahasa Melayu China mencari seorang sahabat daripada pelajar Malaysia untuk menjadi pasangan beregu supaya mereka dijaga dengan baik-baik di Beijing baik dari segi pelajaran ataupun kehidupan sehari-hari.

Walaupun program pertukaran mahasiswa UM ke BFSU ini mendapat sokongan kewangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak Universiti Malaya, tapi tajaan tersebut hanya cukup untuk membiayai tiket penerbangan. Para pelajar terpaksa mengambil segala inisiatif mencari sendiri sumber untuk perbelanjaan yang diperlukan.

Presiden Persatuan Mahasiswa APM, Shuhaidi ketika diwawancara memperkenalkan:

"Dari segi tajaan, mengambil inisiatif mencari kerja-kerja di luar kampus seperti mencuci kereta, membersih rumah, memotong pokok-pokok dan bunga, meminta derma ikhlas.l"

Kebanyakan anggota rombongan mahasiswa UM kali pertama datang ke China kelihatan sungguh teruja dan gembira kerana akhirnya dapat datang ke Beijing segala susah payah yang terpaksa dilalui.

Semasa diminta pandangan megnenai masa depan kerjasama antara UM dan BFSU serta harapan program pertukaran ini, Datuk Zainal berkata:

"Naib Canselor kami amat berharap ia berterusan dan kami bersedia untuk meneruskan program ini.

Bangsa China atau tamadun China adalah tamadun besar, tamadun yang tua. Dalam zaman sekarang ini, negara China sudah menjadi sebuah negara yang maju, dan jauh lebih maju daripada Malaysia sendiri. Kita amat berharap supaya anak-anak muda, seperti pelajar-pelajar BFSU yang mewakili negara China dan pelajar-pelajar Malaysia yang diwakili daripada pelajar APM dapat mewujudkan hubungan persahabatan yang akrab, kerana mereka adalah bakal pemimpin, kerana generasi yang akan datang dan keamanan dunia, kemakmuran dunia, keharmonian dunia bergantung kepada generasi muda."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |