v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Thailand ke China: Sukan Olimpik Beijing-Hasrat Rakyat Asia

2008-07-11 13:27:51 CRI

Sukan Olimpik Ke-29 akan diadakan di Beijing pada 8 Ogos Nanti. Ini merupakan kali ketiga Sukan Olimpik diadakan di negara Asia, selepas Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964 dan Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988. Sebagai negara membangun yang paling besar di dunia, penganjuran Sukan Olimpik di China ini bukan sahaja sebagai perkara yang membanggakan, malah suatu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sempurna. Duta Besar Thailand ke China, Rathakit Manathat dalam temu bual dengan wartawan CRI baru-baru ini telah menyatakan sokongan dan harapan beliau terhadap penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Sukan Olimpik kali ini dianggap sebagai hasrat penting bagi rakyat di seluruh Asia kerana China yang mewakili rantau ini menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia itu. Semua negara Asia berharap Sukan Olimpik Beijing dapat diadakan dengan penuh kejayaan baik dari segi kerja persiapan mahupun pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.

Selepas berjaya dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik pada pemilihan tahun 2001, kerajaan dan rakyat China melakukan usaha gigih dalam pelbagai kerja-kerja persiapan. Dalam tempoh beberapa tahun lalu, China telah mencapai kemajuan ketara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kebudayaan dan sukan. Sementara itu, kerja-kerja persiapan untuk Sukan Olimpik juga berjalan lancar dengan sokongan daripada pelbagai kalangan dalam dan luar negara. Encik Rathakit Manathat mulai bertugas sebagai duta besar ke China pada April tahun 2007. Dalam masa lebih setahun berada di Beijing, beliau menyaksikan sendiri usaha gigih kerajaan dan sokongan penuh rakyat China kepada persiapan penganjuran Sukan Olimpik. Kata beliau: "China mengalami perubahan yang amat ketara menjelang Sukan Olimpik. Pertama sekali, kami telah melihat banyak bangunan yang serba moden muncul bagaikan cendawan tumbuh pada musim hujan dan jalan-jalan pula semua amat bersih. "Sarang Burung" iaitu stadium utama bagi Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja dianggap inovasi dalam sejarah arkitektur, malah lambang bagi teknologi canggih. Selain itu, kami merasa yang paling penting ialah perpaduan rakyat China dalam menjayakan temasya sukan ini dan semua bersiap sedia berperanan sebagai tuan rumah."

Rathakit Manathat memberitahu wartawan bahawa atlet Thailand memperoleh pingat emas pertama Olimpik dalam Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996. Selepas itu, Thailand memperoleh satu pingat emas lagi dalam Sukan Olimpik Sydney dan mencapai kecemerlangan apabila berjaya meraih 3 pingat emas, satu perak dan 4 gangsa dalam Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Sukan Olimpik Beijing kali ini dianggap akan menyediakan syarat baik untuk atlet Thailand untuk bertanding kerana cuaca Beijing pada bulan Ogos hampir sama dengan Bangkok, iaitu panas dan sering hujan. Tambahan pula, perselisihan waktu antara Beijing dengan Bangkok hanya satu jam sahaja. Kira-kira 50 orang atlet Thailand akan menyertai temasya sukan itu untuk bertanding dalam acara angkat berat, meninju dan tae kwon do.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |