Encik Rathakit Manathat berkata: "Kami berharap dapat memperoleh hasil dalam acara tinju dan angkat berat. Kami pernah memperoleh pingat emas dan pingat perak dalam kedua-dua acara. Ada satu perkara yang menarik ialah jurulatih untuk atlet angkat berat kami adalah warga China. Perkara ini mencerminkan semangat Olimpik yang mengesyorkan perpaduan, kerjasama dan kemajuan."
Thailand memberi perhatian penuh kepada Sukan Olimpik Beijing kerana hubungan persahabatan antara kedua-dua negara sangat rapat. Puteri Ubol Ratana akan mewakili pihak diraja Thailand menghadiri majlis pembukaan temasya sukan itu. Sementera itu, kedutaan besar Thailand akan mengadakan aktiviti menjelang penganjuran Sukan Olimpik untuk memperkenalkan Thailand kepada dunia. Mereka sedang membuat buku panduan yang memperkenalkan restoran Thailand di China. Buku panduan itu akan diberikan kepada atlet dan pelancong asing supaya mereka dapat singgah untuk merasai masakan Thai yang sedap dan asli di China. Selain itu, Kementerian Pertanian Thailand akan menyediakan buah-buahan tropika untuk menjamu atlet pelbagai negara.
Rathakit Manathat berkata, ketika persiapan Olimpik giat dijalankan China dilanda bencana gempa yang kuat pada tahun ini. Kerajaan Thailand segera menghulurkan bantuan kepada China dalam usaha menangani bencana tersebut. Beliau berasa amat kagum melihat usaha-usaha China berjaya menyelesaikan semua kerja persiapan Sukan Olimpik menurut jadual di samping menjalankan usaha menyelamat dengan bersungguh-sungguh. Pada akhir temu bual tersebut, Duta Besar Rathakit Manathat melahirkan harapan baik untuk Sukan Olimpik Beijing. "Saya dengan tulus ikhlas berharap Sukan Olimpik Beijing akan berlangsung dengan penuh kejayaan berdasarkan usaha gigih kerajaan dan rakyat China." 1 2
|