v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pandangan Pakar mengenai Ekonomi Makro Vietnam

2008-07-18 11:33:17 CRI

Baru-baru ini, media pelbagai negara banyak menerbitkan laporan yang menunjukkan keadaan ekonomi makro Vietnam semakin teruk, malah menimbulkan krisis kewangan di rantau Asia Tenggara seperti krisis yang berlaku pada tahun 1997, dan masalah itu turut akan memberi kesan kepada China.  Baru-baru ini, Profesor Cao Yunhua mengadakan lawatan lebih 10 hari ke Vietnam bersama rakan sekerjanya. Dalam artikel yang berjudul "Bagaimana Memandang Keadaan Ekonomi Makro Vietnam" yang ditulisnya selepas lawatan itu menyebut, ekonomi serantau dan dunia mengalami perubahan yang agak besar beberapa bulan kebelakangan ini. Perubahan ketara itu seperti kemerosotan ekonomi A.S. dan beberap faktor ketidaktentuan yang muncul dalam ekonomi dunia. Perkara ini turut menyebabkan gejala yang membimbangkan berlaku dalam ekonomi Vietnam. Gejala itu seperti kadar inflasi yang semakin meningkat, peristiwa mogok, kekurangan wang tunai dalam bank komersial serta nilai mata wang dan indeks saham negara itu menurun dengan kadar yang tinggi. Walaupun kerajaan Vietnam berulang kali meningkatkan taraf pendapatan minimun, manakala peningkatan pendapatan rakyat tetap ketinggalan jika berbanding dengan harga barang yang melonjak naik. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi Vietnam yang pesat beberapa tahun yang lalu, pelbagai pertentangan dalam proses perkembangan sosioekonomi turut menjadi semakin meruncing. Sekarang dianggap sebagai masa yang penting bagi usaha pembaharuan sistem politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Vietnam.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Vietnam menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2008 kepada 7% daripada 8.5-9% yang dijangkakan sebelum ini. Selain itu, kerajaan negara itu juga mengambil beberapa tindakan bagi menangani pelbagai masalah seperti kadar inflasi yang tinggi, masalah institusi kewangan dan pengurangan jumlah eksport.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |