v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pandangan Pakar mengenai Ekonomi Makro Vietnam

2008-07-18 11:33:17 CRI

Menurut pandangan sarjana, masalah paling besar yang dihadapi oleh Vietnam dan beberapa negara Asia yang lain pada masa ini ialah tekanan daripada gejala infasi. Demi menangani masalah tersebut, kerajaan Vietnam telah mengemukakan beberapa langkah penyelesaian baru-baru ini. Ini termasuk menggalakkan pengeluaran industri pertanian, menyekat eksport bahan makanan, meningkatkan kadar faedah, menghentikan sesetengah projek pelaburan, memberikan dana kepada bank komersial dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang berada di bawah paras kemiskinan.

Mengenai masalah institusi kewangan pula, pegawai kerajaan Vietnam menyatakan, kerajaan sedang menjalankan pemantauan secara rapi terhadap jumlah pinjaman kewangan kurang bijak dalam institusi perbankan yang bertambah akibat kenaikan kos pembinaan yang dihadapi oleh pemaju hartanah.

Selain itu, kerajaan Vietnam juga memutuskan untuk mengurangkan eksport bahan makanan akibat kenaikan harga bahan makan yang tinggi dalam negeri. Jumlah eksport bahan makanan negara itu dijangka dikurangkan kepada 3.2 juta tan daripada 4 juta tan yang sebelum ini. Negara itu juga akan mengurangkan eksport pelbagai jenis produk pertanian dan arang batu.

Vietnam yang sedang berada dalam tahap perindustrian awal dianggap negara yang paling dinamik dan berdaya saing dalam pertumbuhan ekonomi. Jadi, bagaimana masalah yang timbul dalam perkembangan ekonomi negara itu pada masa ini dilihat? Profesor Cao Yunhua telah menghuraikan beberapa faktor yang berkaitan.

Pertama, gejala kadar inflasi yang tinggi. Menurut pandangan Profesor Cao Yunhua, sebagai negara yang kaya dengan pelbagai jenis sumber alam, produk bahan makanan dan perikanan negara itu boleh memenuhi permintaan dalam negeri dan banyak juga untuk tujuan eksport. Oleh hal yang demikian, kadar inflasi yang tinggi tidak akan menyebabkan kesukaran yang besar kepada kehidupan rakyat negara itu.

Kedua, risiko kewangan yang dihadapi oleh Vietnam tidak akan membawa kesan yang serius kepada pelbagai sektor negara itu kerana institusi kewangannya belum terbuka secara menyeluruh dan terkawal dalam pendekatan kawalan makro. Selain itu, Vietnam masih merupakan negara industri pertanian dan sedang berada dalam proses perindustrian yang pesat. Maka, ekonomi Vietnam akan mengekalkan perkembangan yang sihat dan stabil sebagai sektor pertanian dan industri tidak menghadapi masalah yang besar.

Ketiga, ekonomi Vietnam dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi selagi pelaburan asing terus berkembang secara pesat. Berdasarkan laporan berkenaan, Vietnam menerima permohonan pelaburan asing yang berjumlah 33 bilion dolar Amerika pada setengah tahun pertama tahun ini. Angka itu melebihi 65% daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing pada tahun lalu, iaitu 20 bilion dolar Amerika. Beberapa syarikat transnasional seperti Canon dan Intel yang berundur daripada China akibat kos pengeluaran yang semakin tinggi sebaiknya mengalihkan pelaburan ke Vietnam secara besar-besaran.

Keempat, Vietnam masih merupakan sebuah negara membangun yang dinamik. Menurut pandangan Profesor Cao Yunhua, masalah ekonomi yang dihadapi oleh Vietnam hanya sementara. Pada asasnya ia tidak akan mengubah trend pertumbuhan ekonomi negara itu. Vietnam diangka dapat mengatasi segera masalah sekarang dan dapat memulihkan pertumbuhan ekonomi selagi keadaan ekonomi sejagat dan serantau dalam keadaan baik.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |