v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pingat Gangsa Sukan Paralimpik yang Bernilai—Temu Bual dengan Siow Lee Chan, Atlet Angkat Berat Wanita Malayisia

2008-09-19 14:32:43 CRI

Siow Lee Chan, atlet angkat berat wanita Malayisa berjaya meraih satu pingat gangsa dalam pertandingan angkat berat kategori 56 kilogram Sukan Paralimpik yang diadakan pada 10 September lalu. Kebetulannya, 12 September ialah ulang tahun pertama hari jadi anaknya. Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, Siow Lee Chan berkata jed mempunyai makna bahagia bagi orang China, maka pingat bertampiran jed yang diraihnya merupakan hadiah paling baik untuk hari jadi anaknya.

Pada bulan April tahun 1998, Siow Lee Chan mulai menjalankan latihan angkat berat dengan galakan daripada teman lelaki, yakni suaminya sekarang yang juga soerang atlet. Siow Lee Chan memberitahu wartawan bahawa pada mula-mulanya, tujuannya untuk mengikuti latihan angkat berat sebenarnya tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan sukan. Kata beliau: "Pada mula-mulanya, saya fikir dengan menyertai pertandingan antarabangsa, saya ada peluang untuk mengadakan pelancongan ke luar negeri. Saya menjadi lebih berkeyakinan dan menetapkan matlamat yang betul-betul untuk usaha sukan selepas meraih pingat emas dalam satu kejohanan angkat berat kerusi beroda yang diadakan di Newzealand pada tahun 1999. "

Jurulatih untuk Siow Lee Chan ialah suaminya. Dengan usaha gigih dalam masa 10 tahun, Siow Lee Chan meraih banyak pingat dalam temasya sukan serantau dan turut menjadi atlet yang terkemuka di rantau Asia Tenggara. Beliau berasa sungguh gembira apabila mendapat kelayakan untuk menyertai Sukan Paralimpik 2008. Manakala, Siow Lee Chan berhadapan dengan satu keputusan yang sukar dibuatnya kerana didapati ia berhamil ketika membuat persiapan untuk temasya sukan itu. Untuk melahirkan anak, apakah Siow Lee Chan terpaksa melepaskan peluang menyertai Sukan Paralimpik? Akhirnya, Siow Lee Chan membuat keputusannya, iaitu tidak melepaskan kedua-duanya--anak dan Sukan Paralimpik. Kata beliau: "Saya tidak ingin melepaskan impian untuk menyertai Sukan Paralimpik kerana telah memperoleh kelayakan dan berusaha dengan sekian lama. Pada waktu itu, saya fikir adalah mustahil untuk meraih pingat dalam temasya sukan itu kerana latihan saya terhenti selepas berhamil pada Januari tahun 2007. Dua bulan selepas melahirkan anak, saya menjalankan latihan semula."

Selepas memulihkan latihan, Siow Lee Chan menganggap dirinya telah maju selangkah bagi pencapaian impiannya dalam Sukan Paralimpik. Manakala, muncul pula satu kesukaran yang lain dihadapinya iaitu, kecederaan akibat latihan. Dulu, Siow Lee Chan ialah seorang atlet yang bersemangat meluap-luap. manakala, masalah kecederaan menjadikan Siow Lee Chan semakin kehilangan semangat dan keyakinannya. Masalah ini sentiasa menyusahkan Siow Lee Chan sehingga beliau bertemua dengan Ng Keng Chuan, Ketua kontinjen Malaysia untuk Sukan Paralimpik. Kata beliau: "Kami mulai menjalankan latihan bersama pada bulan Mac. Ketika melatih, saya menghadapi banyak masalah kerana mengalami cedera dan kehilangan semangat. Manakala, selepas mendengar ungkapan ketua kontinjen yang amat menggalakkan, saya telah mempunyai keyakinan semula untuk menyertai pertandingan dalam Sukan Paralimpik. "

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |