v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pingat Gangsa Sukan Paralimpik yang Bernilai—Temu Bual dengan Siow Lee Chan, Atlet Angkat Berat Wanita Malayisia

2008-09-19 14:32:43 CRI

Siow Lee Chan yang memulihkan semangat telah meraih pingat pertama bagi Malaysia dalam Sukan Paralimpik kali ini. Walau bagaimanapun, Siow Lee Chan fikir pencapaiannya bukan begitu besar. Yang diharapkannya adalah pingat gangsa yang diraihnya dapat mendorong perkembangan usaha sukan warga kurang upaya Malaysia. Kata beliau: "Terdapat banyak atlet kurang upaya yang amat berpotensi di Malaysia, manakala mereka diabaikan. Saya harap pingat gangsa yang saya raih ini boleh memperlihatkan usaha kami kepada mayarakat Malaysia."

Siow Lee Chan memberitahu wartawan bahawa semua atlet kurang upaya Malaysia mempunyai cita-cita yang tinggi dan bertanding dengan penuh semangat dalam Sukan Paralimpik. Ketika berkata demikian, Siow Lee Chan merasa amat terharu sehingga air matanya menitis. Pada akhir wawancara itu, Siow Lee Chan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada CRI yang sentiasa memberikan perhatian kepada kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik dan beharap pengaruh media boleh menarik lebih banyak perhatian masyarakat kepada usaha sukan warga kurang upaya Malaysia.

Siow Lee Chan ialah seorang ibu yang dihormati dan juga seorang atlet yang pencapaiannya cemerlang. Kita berharap pingat gangsa yang diraihnya dalam Sukan Paralimpik ini akan membantu Siow Lee Chan mencapai impiannya dan membawa nasib yang baik kepada anaknya serta semua atlet kurang upaya Malaysia.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |