v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Ramah Eksklusif Wartawan CRI dengan Menteri Penerangan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery Cheek

2008-10-17 17:23:32 CRI

Dato' Ahmad Shabery Cheek diwawancara oleh pemberita CCTV

Wartawan CRI: Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak Dato' bagi mempererat kerjasama tersebut, terutamanya antara Malaysia dengan China? Rancangan keluaran RTM yang bernama Syahadah, yang memaparkan kehidupan dan aktiviti komuniti Islam di China dan satu lagi dokumentari mengenai pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu di China telah mendapat sambutan baik. Mengambil kesempatan ini, kami ingin ucapkan terima kasih kerana CRI yang menjadi salah satu tempat untuk dibuat penggambaran telah diketahui lebih ramai orang Malaysia. Jadi, apakah kerjasama yang Dato' rasa boleh dilaksanakan antara media Malaysia dan China pada masa depan?

Y. B.: Kita rasa kita kena tambah lagi program-program seperti ini. Syahadah yang satu daripada program, tapi saya rasa itu tak cukup, kalau tujuan kita untuk memperkenalkan kehidupan masyarakat Islam di China. Saya rasa masyarakat Islam di China sendiri jauh lebih besar berbanding penduduk Islam di Malaysia. Kalau kita nak cakap kaum Islam saja bukan saja daripada tempatnya, makannya, keseniannya, cara hidupnya ataupun provinsi-provinsi yang lain perlu kami paparkan juga. Banyak lagi yang mesti dibuat. Saya rasa tidak boleh hanya membuat liputan tentang orang Islam. Bagaimana kita nak paparkan supaya satu masa nanti dalam ingatan orang Malaysia, kalau mereka nak melancong, tak payah ke Amerika dan Eropah. Apa kurangnya, banyak tempat-tempat yang menarik di sini. Kita lebih dekat, makanan kita lebih hampir, cara hidup kita lebih sama. Jadi, pemaparan itu sebanarnya bukan sekadar melalui rancangan-rancangan bersifat dokumentari, tetapi juga bagaimana kalau rancangan yang bersifat drama, misalnya, kalau kita dapat bina character yang menjadi idaman ataupun menjadi ikutan kepada seluruh orang Asia, terutamanya sekali Asia dan China. Belum wujud lagi, misalnya kalau di masyarakat barat ada character Carfield dan Barbie, O yang orang mahu beli pakaiannya, patungnya dan gambarnya yang menjadi ikutan orang di Malaysia, Indonesia, yang menjadi satu character di Asia. Kalau tidak, orang melihat character seperti barat, rupanya begini, pakaiannya begini, kulitnya begini. Ia mempengaruhi anak kecil kita sampai mereka sebesar ini. Character begini patut dibangunkan secara bersama.

Wartawan CRI: Pada zaman serba baru ini, industri ICT berkembang pesat sekali, baik di negara-negara ASEAN ataupun China. Pengguna Internet di Asia juga semakin hari semakin banyak. Kami mendapati bahawa Dato' amat menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan internet sebagai wadah untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan dan juga untuk menyatakan pandangan masing-masing. Minta pandangan Dato' tentang peranan atau pengaruh internet pada zaman ini?

Y. B.: Kita suka atau tidak suka, internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Dulu kita panggil ia sebagai media baru, yang lain kita panggil sebagai media yang digunakan semasa. Saya rasa lima tahun lagi, U-Tube akan menjadi mainstream media. Jadi, mungkin TV, surat khabar dan radio akan dipanggil media lama. Konsep media baru belum diketahui lagi pada waktu itu. Sekarang ini jumlah orang yang menonton U-Tube, yang mendapat maklumat daripada U-Tube sudah dianggap sama atau melebihi daripada mereka yang menonton TV. Kita dapat wujudkan wartawan-wartawan daripada orang ramai, yang bukan dilantik sebagai wartawan setiap hari. Mereka membuat laporan, menulis, membuat analisis mengikut pandangan masing-masing. Ini adalah merupakan fenomena baru yang kita mesti hadapinya. Sebab itu, sebagai pengamal mainstream media, media yang tradisi, mereka tidak boleh menganggap bahawa ini adalah saingan bagi mereka, tetapi mereka patut menjadi sebahagiannya. Sebab itu, dulu nama CNN hanya untuk TV, sekarang CNN juga boleh ditonton melalui internet. Jadi, kita juga sudah menjadi sebahagian daripada internet, tidak boleh lagi bersaing. Di Malaysia sendiri, saya menggalakkan masyarakat tempat lebih terbuka, dan kita mesti membawa pengamal-pengamal media baru ini kepada media mainstream. Di RTM sendiri, kita memperkenalkan blogger kepada orang ramai, membawa mereka kepada RTM. Siapa saja pun boleh, mereka tunggu giliran, mereka juga akan dapat peluang. Jadi, media yang tradisi bukanlah bermusuh dengan media baru, tetapi kita saling menggunakan antara satu sama lain.

Wartawan CRI: Kami difahamkan, setelah menjawat Menteri Penerangan, Dato' dengan sikap yang terbuka telah berjumpa dan berinteraksi dengan blogger di Malaysia. Bagaimana idea ini muncul dalam otak Dato'? Apakah tujuan yang ingin dicapai dalam usaha ini?

Y. B.: Saya sendiri mengikuti blog sejak tahun 1990-an lagi. Waktu itu belum ada blog. Saya mengikuti pandangan mereka yang menulis melalui web site. Saya menghabiskan masa saya setiap malam, sekurang-kurangnya satu jam untuk mengikut pandangan-pandangan mereka. Bagi saya, ini bukanlah satu perkara yang hanya saya buat untuk mendengar pandangan setelah saya menjadi menteri. Jadi, saya fikir apa salahnya jika membawa mereka, membantu mereka untuk memperkenalkan nama mereka. Itulah puncanya bukanlah kerana saya menteri dan sebagainya.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |