v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN Dirasmikan di Nanning China

2006-10-30 18:14:50 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Pada hari ini, Perdana Menteri China serta pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN telah berkumpul di Bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Para pemimpin telah mengenang kembali pertukaran lawatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak sejak 15 tahun yang lalu, dan merancangkan pelan biru yang baru bagi kerjasama dan pembangunan China-ASEAN pada masa depan.

Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN hari ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Vila Liyuan di bandar Nanning. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan pemimpin negara anggota ASEAN, termasuk Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Sultan Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sidang kali ini.

Dalam majlis perasmian tersebut, Perdana Menteri Wen Jiabao dan Presiden Arroyo yang juga pengerusi bergilir ASEAN telah memberi ucapan secara berasingan.

Perdana Menteri Wen Jiabao berkata, dalam tempoh selama 15 tahun yang lalu, China dan ASEAN telah aktif mengadakan dialog, dan mencapai hasil penting dalam kerjasama pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan perdagangan, keselamatan awam dan lain-lain.

Beliau berkata: "Sejak 15 tahun yang lalu, hubungan China dan ASEAN telah mengalami pelbagai tempoh perkembangan, mula-mula menghapuskan kecurigaan, kemudian menjalankan dialog, meningkatkan persefahaman, sehingga akhirnya menjalinkan hubungan rakan strategik. Kini, hubungan China-ASEAN sedang berada dalam situasi yang paling menggalakkan, persefahaman kedua-dua pihak dalam bidang politik semakin kuat, kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan telah mencapai hasil yang bernas, pembinaan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN dijalankan dengan lancar, pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang juga semakin meluas. Hubungan China-ASEAN telah menjadi teladan persahabatan dan kerjasama bagi negara-negara di rantau ini."

Pada tahun 1991, China dan ASEAN telah menjalinkan hubungan dialog. Pada tahun 2003, kedua-dua pihak telah menjalinkan hubungan rakan strategik yang menuju ke arah kedamaian dan kemakmuran.

Presiden Filipina Arroyo ketika menyampaikan ucapan bagi pihak ASEAN dalam majlis perasmian telah menyebut kerjasama baik yang dijalankan oleh China dan ASEAN dalam bidang-bidang ekonomi dan perdagangan dan lain-lain.

Presiden Arroyo berkata: "Sidang kemuncak kali ini amat penting kerana mengadakan dialog dan mewujudkan kepercayaan antara satu sama lain dalam kalangan rakyat dan pelbagai negara, terutamanya di dunia hari ini. ASEAN menanti-nantikan peningkatan hubungan dengan China melalui penandatanganan Perjanjian Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Perjanjian yang ditubuhkan berasaskan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan dan pragmatik tersebut akan menjadikan ekonomi pelbagai negara terus berkembang dan meningkatkan kedamaian dan keselamatan rantau ini."

1  2  

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |