"Kenyataan Bersama" yang dikeluarkan dalam sidang kemuncak kali ini merupakan satu hasil yang amat penting dari segi politik. Kenyataan tersebut telah mengenang kembali proses perkembangan hubungan dialog China-ASEAN dan meluahkan rasa puas hati terhadap kerjasama kedua-dua pihak yang dijalankan dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama. "Kenyataan Bersama" berpendapat bahawa perkembangan hubungan rakan strategik China-ASEAN yang berdasarkan kepada kedamaian dan kemakmuran bukan sahaja telah mendorong pembangunan dan membawa keuntungan kepada rakyat pelbagai negara, malah memberi sumbangan penting kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan seluruh dunia.
Dalam kenyataan itu turut ditegaskan bahawa China-ASEAN perlu terus memperluas kerjasama dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain, memperkukuh persefahaman antara satu sama lain dan berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama kepada tahap yang selaras dengan matlamat dalam perkembangan hubungan rakan strategik.
Perdana Menteri Wen Jiabao, Presiden Arroyo dan pemimpin negara-negara ASEAN lain juga bersama-sama mengadakan sidang taklimat. Mereka mengumumkan bahawa sidang kemuncak kali ini telah mencapai pelbagai hasil yang bernas, juga telah meletakkan asas yang penting bagi meningkatkan lagi hubungan China-ASEAN pada masa depan. 1 2
|