
Puan Jin Muling (kanan)
Puan Jin Muling yang berasal dari kawasan kediaman penduduk etnik minoriti juga telah dipilih sebagai wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China.
Jin Muling yang berketurunan etnik Jingpo menetap di sebuah kampung terpencil dari Provinsi Yunnan, barat daya China dan ramai daripada penghuni di kampung tersebut ialah penagih dadah pada masa sebelum itu. Pada tahun 2001, Puan Jin Muling mengetuai wanita di seluruh kampungnya melakukan kerja pembanterasan gejala dadah dan penularan penyakit AIDS. Tindakan Jin Muling itu bukan sahaja telah melenyapkan gejala penagihan dadah di kampung itu, malah telah membantu para penghuni menikmati kehidupan yang semakin selesa.
Jin Muling berkata: "Saya tidak boleh mengecewakan harapan penduduk di kawasan yang terpencil, dan akan meluahkan hasrat mereka pada Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China kali ini."
Naib Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Puan Shen Yueyue semasa diwawancara menyatakan: "Wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah meliputi golongan pekerja, petani, anggota tentera, pakar, intelektual, pesara dan pegawai agensi kerajaan. Mereka berasal daripada pelbagai bidang seperti ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan, undang-undang, pendidikan, kebudayaan, kesihatan, sukan dan lain-lain. Jumlah wakil wanita dan wakil etnik minoriti juga telah bertambah berbanding dengan Kongres Kebangsaan ke-16. Pada umumnya, ahli parti yang dipilih untuk menjadi wakil kongres tersebut telah mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh rakyat." 1 2
|