v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sekolah Bahasa Antarabangsa Kerjasama China-Malaysia akan Ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia
2007-08-24 18:37:13 CRI

Sebuah sekolah bahasa antarabangsa kerjasama China-Malaysia dirancang akan ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia.

Demikian diumumkan oleh Menteri Palajaran Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam majlis makan malam sempena lawatan delegasi Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) di Kuala Lumpur malam semalam.

Dato' Seri Hishammuddin memberitahu wartawan CRI bahawa sekolah bahasa antarabangsa itu merupakan satu projek yang sedang beliau bincangkan dengan BFSU. Sekolah itu merupakan satu projek sektor swasta, tumpuannya adalah kepada bahasa. Beliau berharap penubuhan sekolah bahasa itu dapat dijadikan penanda aras bukan sahaja untuk bahasa Mandarin, tetapi juga untuk bahasa-bahasa lain. Sekolah itu akan menawarkan kursus bahasa untuk pelajar-pelajar luar negara dan juga untuk pelajar-pelajar Malaysia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
Lawatan BFSU
v Menteri Pelajaran Malaysia: Pertukaran dan Interaksi antara Generasi Muda Malaysia-China akan Diperluas Lagi 2007-08-24 15:32:31
v Delegasi Mahasiswa China Memulakan Lawatan ke Malaysia 2007-08-23 15:10:16
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |