Sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China diadakan pada tahun 2002, China telah mencapai banyak kemajuan yang menarik perhatian seluruh dunia dalam bidang sains dan teknologi, termasuk kejayaan penerbangan kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VI", pelancaran Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet dan pembinaan yang mantap projek Tiga Gaung Sungai Yangtze.

Kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VI" berjaya dilancarkan pada 17 Oktober tahun 2005. Sebagai penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan kali kedua yang diadakan oleh China, "Shenzhou VI" telah memcipta banyak catatan baru dalam sejarah sains dan teknologi penerbangan angkasa lepas China, misalnya, ini merupakan penerbangan angkasa lepas kali pertama yang membawa dua orang angkasawan dan berjalan selama beberapa hari; ujian sains angkasa lepas pertama kali diadakan dengan penyertaan angkasawan; sistem kawalan persekitaran dan jaminan nyawa pertama kali dioperasikan dalam kapal angkasa lepas dan lain-lain.
Selain penerbangan angkasa lepas, dalam tempoh lima tahun yang lalu, China juga telah berjaya melaksanakan pelbagai projek penting yang lain, antaranya termasuklah pembinaan Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet, penyaluran air dari bahagian selatan ke bahagian utara China, pembinaan projek Tiga Gaung Sungai Yangtze. Berdasarkan statistik, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, China telah mengeluarkan lebih 20 ribu buah hasil sains dan teknologi setiap tahun, hasil-hasil tersebut menyangkut bidang tenaga, pertanian, perlindungan alam sekitar dan lain-lain. Ini telah meningkatkan kekuatan sains dan teknologi China secara besar-besaran. Ketua Pengarah Pejabat Penyelidikan Kementerian Sains dan Teknologi China Xu Heping menyatakan bahawa:
"Jurang perbezaan antara kekuatan sains dan teknologi China dengan taraf maju antarabangsa terus dikurangkan. China telah menduduki tempat terdepan di seluruh dunia dalam sesetengah bidang sains dan teknologi. Pengaruh China terhadap pembangunan sains dan teknologi dunia juga semakin meningkat. Pembangunan sains dan teknologi China telah menjadi sokongan kukuh bagi mendorong pembangunan sosioekonomi dan menjamin keselamatan negara."

Untuk mencegah wabak selesema burung, saintis China telah berjaya menghasilkan vaksin selesema burang H5N1 dan H5N2. Ketua Pengarah Jabatan Doktor Haiwan Ternakan China Yu Kangzhen menyatakan bahawa:
"Kedua-dua jenis vaksin tersebut, lebih-lebih lagi vaksi selesema burang H5N1 merupakan pencapaian besar bagi meningkatkan daya tahan burung ternakan, dan kesannya sangat baik bagi burung tersebut."
1 2
|