Kini, lebih 10 bilion buah vaksin kedua-dua jenis tersebut telah digunakan dan telah dieksport ke beberapa negara di Asia Tengara.
Dalam bidang tenaga, saintis China juga telah mencapai kemajuan penting dalam bidang penyelidikan teknologi penerokaan dan penggunaan sumber tenaga, memberi asas yang kukuh untuk menyusun semula struktur sumber tenaga dan menjamin keselamatan sumber tenaga.
Selain itu, dalam bidang ekologi, alam sekitar serta pencegahan dan penyelamatan bencana, China telah berjaya menguasai pelbagai teknologi seperti pengawasan alam sekitar dan pengawalan pencemaran udara dan berjaya membentuk sistem pengawasan dan ramalan bencana yang serius. Dalam bidang perubatan dan kesihatan pula, China juga telah mencapai kemajuan penting dalam teknologi pencegahan dan pengawalan penyakit saluran darah, tumor dan penyakit jangkitan seperti AIDS.

Kemampuan penyelidikan asas China juga meningkat secara ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Kini, jumlah tesis sarjana China yang diterbitkan dalam pelbagai majalah ilmuan penting antarabangsa telah menduduki tempat keempat di seluruh dunia. Jumlah permohonan paten China pada tahun 2006 juga menduduki tempat keempat di seluruh dunia.
Pegawai Kementerian Sains dan Teknologi China, Encik Mei Yonghong ketika menyebut tentang peningkatan secara besar-besaran kekuatan sains dan teknologi China berkata:
"Pembangunan sains dan teknologi China telah mencapai pengalaman yang sangat kaya, kami mempunyai sistem ilmu yang lengkap. Ini jarang ditemui di seluruh dunia. Selain itu, kami juga mempunyai sumber tenaga manusia yang kaya dalam bidang sains dan teknologi, antaranya termasuk pakar penyelidikan dan penerokaan, semua ini telah mencapai kedudukan maju di seluruh dunia." 1 2
|