v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Kemukakan Cadangan Baru untuk Tingkatkan Kerjasama China-ASEAN

2007-11-21 12:52:33 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-11 di Singapura semalam. Wen Jiabao dalam sidang tersebut telah mengemukakan siri cadangan baru untuk meningkatkan kerjasama China-ASEAN, dan menegaskan lagi bahawa pihak China menyokong usaha integrasi ASEAN, serta menyokong ASEAN memainkan peranan pengetua dalam kerjasama serantau. Di samping itu, pemimpin-pemimpin pelbagai negara ASEAN bukan sahaja menyanjung tinggi kerjasama dengan China, tetapi juga berpendapat bahawa pembangunan China merupakan peluang besar bagi ASEAN.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-11 yang diadakan semalam, Wen Jiabao telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Meluaskan Kerjasama dan Saling Menguntungkan". Wen Jiabao telah memaklumkan lima titik berat untuk meningkatkan kerjasama China-ASEAN pada tahun depan, iaitu meningkatkan kepercayaan politik dan penyelarasan dasar antara satu sama lain, meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan serta tahap kerjasama, melaksanakan kerjasama yang pragmatik dalam bidang keselamatan bukan tradisional, menyokong usaha integrasi ASEAN, meluaskan pertukaran lawatan serta komunikasi dalam masyarakat dan kebudayaan.

Selepas sidang tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang memaklumkan: "Wen Jiabao berkata bahawa dalam tempoh setahun yang lalu, dengan panduan Kenyataan Bersama yang dikeluarkan dalam Sidang Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN, persahabatan dan kejiranan serta kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan yang baru. Peningkatan hubungan rakan strategik China-ASEAN yang menuju ke arah damai dan makmur merupakan dasar luar kerajaan China yang kekal."


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |