Cadangan baru yang dikemukakan oleh Wen Jiabao bukan sahaja melibatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, keselamatan makanan dan hasil pertanian import dan eksport serta pertukaran dan kerjasama ketenteraan, tetapi juga mengandungi beberapa projek dan rancangan yang akan dijalankan, seperti Seminar Peningkatan Keupayaan Mengatasi Bencana Besar China-ASEAN yang akan dianjurkan oleh China pada tahun depan, cadangan China tentang menubuhkan kumpulan pakar bersama untuk mengkaji kebolehlaksanaan kerjasama ekonomi Pan-Teluk Beibu dan lain-lain. Pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah menyatakan sambutan terhadap cadangan tersebut dan juga telah mengemukakan cadangan kerjasama sendiri.
"Negara-negara ASEAN berharap agar terus meningkatkan dialog dengan China dalam bidang politik dan keselamatan, meluaskan kerjasama ekonomi, maklumat, infrastruktur dan keselamatan bukan tradisional serta meningkatkan pertukaran sosiobudaya, bersama-sama mendorong kedamaian, menghadapi cabaran, mencapai pembangunan dan menikmati kemakmuran," kata Qing Gang.
Makluman Qin Gang telah mencerminkan bahawa pada pandangan negara-negara ASEAN, pembangunan China merupakan peluang yang besar.
"Pemimpin-pemimpin negara ASEAN menyanjung tinggi kemajuan hubungan rakan dialog ASEAN-China dan pembangunan hubungan dua hala yang baik. Mereka masing-masing menyatakan bahawa China berpegang pada dasar pembangunan yang damai, mengamalkan hubungan persahabatan dan kejiranan, dan memainkan peranan positif dan penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa. China merupakan rakan karib yang boleh dipercayai bagi ASEAN. Pembangunan China merupakan peluang yang besar bagi ASEAN dan meneroka prospek yang luas bagi kerjasama kedua-dua pihak," katanya. 1 2
|