v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Dorong Pembinaan Landasan Kereta Api Eropah-Asia dan Pan-Asia

2008-01-14 14:45:49 CRI

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertukaran ekonomi dan perdagangan menjadi semakin rancak antara China dengan negara-negara Eropah dan Asia, jumlah pengangkutan kargo melalui kereta api antarabangsa juga meningkat. Demi memenuhi permintaan terhadap pengangkutan kereta api antarabangsa ekoran perkembangan ekonomi dan perdagangan, China sedang giat mendorong pembinaan landasan kereta api Eropah-Asia dan Pan-Asia.

Pada 9 Januari 2008, kereta api ujian yang beroperasi menyusul landasan kereta api Eropah-Asia yang sudah disiapkan selama lebih setahun telah berlepas dari Beijing dan akan tiba di terminalnya—Hamburg, Jerman pada penghujung bulan ini. Kereta api ujian tersebut akan melalui China, Mongolia, Rusia, Belarus, Poland dan Jerman, perjalanannya sepanjang kira-kira 10 ribu kilometer dan dijangka akan makan masa selama 18 hari.

Kebanyakan barangan yang diangkut melalui landasan kereta api Eropah-Asia adalah kontena. Setelah laluan kereta api tersebut dirasmikan nanti, masa perjalanan pengangkutan kargo dari China ke Jerman melalui landasan kereta api itu akan dikurangkan setengah daripada melalui laluan laut.

Zheng Mingli, petugas Syarikat Pengangkutan Kontena Antarabangsa Bersatu China iaitu ejen urusan kontena pihak China landasan kereta api Eropah-Asia memperkenalkan bahawa setelah ujian diadakan, landasan kereta api Eropah-Asia dijangka akan dirasmikan tahun ini. Kerajaan China akan berusaha menjamin landasan Eropah-Asia beroperasi dengan normal.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |