v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Dorong Pembinaan Landasan Kereta Api Eropah-Asia dan Pan-Asia

2008-01-14 14:45:49 CRI

Zheng Minglin berkata: "Kini, keret api bukan tetap. Pada masa yang akan datang, kami akan berusaha menyempurnakan operasi kereta api itu. Kami akan mengalami beberapa masalah seperti beberapa negara tidak mempunyai kemampuan yang cukup bagi mengalihkan kargo, negara yang berlaianan mempunyai sistem kastam yang berbeza dan sebagainya. Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun dan menteri kereta api dari beberapa negara lain telah mengadakan rundingan di Beijing baru-baru ini untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan supaya bersama-sama mendorong pembangunan landasan kereta api Eropah-Asia."

Menyentuh beberapa masalah yang wujud dalam pembangunan landasan kereta api Eropah-Asia pada masa sekarang, pegawai Kementerian Kereta Api dari keenam-enam negara termasuk China, Mongolia, Rusia, Belarus, Poland dan Jerman telah menandantangani "Memorandum Persefahaman dan Kerjasama Landasan Kereta Api Eropah-Asia" di Beijing pada awal bulan ini.

Selain bekerjasama dengan negara Eropah untuk membangunkan landasan kereta api Eropah-Asia, China juga bersama dengan negara ASEAN giat membina landasan kereta api Pan-Asia. Landasan kereta api tersebut bermula dari bandar Kunming di bahagian barat daya China, melalui Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, Malaysia dan sampai di Singapura, panjangnya 5,500 kiolmeter.

Liu Zhijun, Menteri Kereta Api China berkata: "Pada masa yang akan datang, China akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara jiran, giat mendorong pembangunan landasan kereta api Pan-Asia dan pembangunan kastam laluan kereta api dengan negara jiran. Selain itu, China juga akan secara menyeluruh menyertai kerjasama pelbagai hala landasan kereta api dan memperluas lingkungan kerjasama pengangkutan bersama antarabangsa."

----DAZHONG


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |