v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wu Chengen, Novelis Tersohor pada Zaman Dinasti Ming China

2007-01-10 13:51:23 CRI

Novel "Catatan Perjalanan ke Barat" merupakan sebuah novel klasik yang termasyhur di China. Cerita dongengan yang diceritakan dalam novel itu diperkenalkan secara meluas dan digemari oleh ramai orang China. Novel itu telah melahirkan pengaruh yang besar bukan sahaja di China bahkan di seluruh dunia. Novel itu ditulis oleh Wu Chengen, novelis tersohor pada zaman Dinasti Ming China.

Wu Chengen dilahirkan pada abad ke-16 dalam sebuah keluarga pedagang di Huaian Jiangsu, timur China. Semasa kecil, beliau sangat cerdik dan mempunyai kegemaran yang berbagai-bagai. Beliau pandai melukis dan menulis kaligrafi. Beliau juga gemar akan menulis sajak, menggubah muzik dan bermain catur. Selain itu, beliau juga suka mengumpul karya pelukis dan ahli kaligrafi ternama. Pada masa kanak-kanak, Wu Chengen telah mendapat pujian disebabkan kebolehan beliau dalam bidang kesusasteraan. Cita-cita yang luhur daripada pujangga pada zaman silam China adalah untuk dilantik sebagai pegawai kerajaan menerusi peperiksaan kerajaan. Hal ini tidaklah terkecuali bagi diri Wu Chengen. Disebabkan sistem peperiksaan kerajaan semasa itu dijalankan secara tidak adil dan pegawai yang mengawal peperiksaan itu selalunya menerima rasuah, maka Wu Chengen berkali-kali gagal dalam peperiksaan kerajaan dan tidak berpeluang untuk menjawat jawatan kerajaan. Keadaan ini menjadikan hidupnya dalam kemiskinan dan beliau benci akan masyarakat yang tidak adil. Dalam satu sajak yang ditulisnya, Wu Chengen menyatakan bahawa ketidakadilan masyarakat disebabkan oleh penguasa telah melantik pegawai yang rendah moralnya dan tidak berbakat. Beliau ingin mengubah ketidakadilan itu tetapi tidak berdaya berbuat sedemikian. Disebabkan itulah, beliau menggambarkan kemarahannya terhadap ketidakadilan masyarakat dan mengekspresikan hasrat beliau sendiri menerusi penulisan novel "Catatan Perjalanan ke Barat".

"Catatan Perjalanan ke Barat" selesai ditulis oleh Wu Chengen pada masa tuanya. Akan tetapi, beliau telah membuat persiapan seumur hidup bagi menulis novel itu. Semasa kecil, bapanya sentiasa membawanya melawat ke tempat peninggalan sejarah dan menceritakan tentang tempat peninggalan sejarah yang dilawati oleh mereka. Semasa berusia 30 tahun, beliau telah mengumpulkan banyak cerita dan dongengan yang menarik dan telah melahirkan hasrat untuk menulis sebuah novel tentang perkara tersebut.

Wu Chengen menyelesaikan penulisan belasan babak dalam novel "Catatan Perjalanan ke Barat" semasa berusia 50 tahun. Selepas tertangguh selama bertahun-tahun, akhirnya beliau menyelesaikan penulisan keseluruhan novel itu semasa beliau sudah berusia lanjut.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |