v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Rakyat Etnik Naxi yang Istimewa

2007-05-10 16:54:04 CRI

China merupakan negara yang mempunyai 56 etnik. Setiap etnik mempunyai kebudayaan muzik yang berbeza-beza. Dalam ruangan hari ini, saya akan membawa anda ke Yunnan di barat daya China untuk merasai kehidupan dan adat istiadat etnik Naxi.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat etnik Naxi yang bertajuk "Awan Putih yang Indah". Lagu ini merupakan lagu tradisional dan klasik etnik Naxi. Pada masa dahulu kala, penduduk Naxi sentiasa menyanyikan lagu ini untuk berdukacita terhadap kerabat yang sudah meniggal dunia dan berharap agar roh kerabat yang sudah meninggal dunia itu beristirahat dengan tenang di bahagian utara, tempat tinggal leluhur mereka.

Etnik Naxi tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Naxi Lijiang pronvisi Yunnan China. Penduduk etnik Naxi telah mencapai hampir 300 ribu orang. Penduduk Naxi pandai menyanyi dan menari. Lagu rakyat Naxi merupakan lagu yang paling istimewa dalam bentuk lagu di masyarakat Naxi yang bermacam-macam. Berikutnya marilah kita nikmati lagu rakyat Naxi yang bertajuk "Gu Qi". Lagu ini mengutarakan rasa cinta dan pujian penduduk Naxi terhadap kehidupan dan kampung halaman.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |