
Dalam ruangan hari ini, saya akan terus memperkenalkan karya irama piano ciptaan Gong Xiaoting, komposer muda China. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Tarian Yili". Yili terletak di bahagian paling barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat China. Penduduk etnik Uygur dan Kazak tinggal di sana. Irama lagu ini mengandung unsur muzik Yili dan menggambarkan suasana perayaan yang meriah.
Dalam ruangan sebelum ini, saya telah perkenalkan Gong Xiaoting, seorang komposer muda China. Karyanya meliputi bidang muzik vokal , alat muzik dan muzik simfoni. Beliau juga kerap kali memperoleh anugerah dalam pelbagai aktiviti di dalam dan luar negara.

1 2
|