Sebagai seorang komposer muda yang aktif, Gong Xiaoting telah kerap kali mengadakan persembahan di Beijing, Shanghai, Hong Kong, Taiwan, Seoul, New York dan lain-lain. Pada tahun 1999 dan 2000, Gong Xiaoting telah menarik perhatian arena muzik China dan Republik Korea kerana dua karyanya telah terpilih dalam Pesta Muzik Moden China-Republik Korea "Zaman Timur". Seterusnya, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Pilihan Puisi Wangshu".

Gong Xiaoting bukan sahaja mementingkan penciptaan muzik, tetapi juga mementingkan tradisi muzik. Berikutnya silalah nikmati irama lagu Gong Xiaoting yang bertajuk "Bunga-bunga".
Sebagai seorang pensyarah yang profesional, Gong Xiaoting juga memperoleh kejayaan yang menggembirakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, Banyak karyanya telah digunakan oleh konservatori muzik sebagai bahan pengajaran. Pada tahun 2000, beliau berjaya mengadakan "Konsert Karya Siswa". Sekarang, pelajar Gong Xiaoting terdapat di mana-mana. Sebagai hidangan terakhir, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Sai Luo Sai". Irama lagu ini mempunyai unsur muzik etnik minoriti di barat daya China dan menggambarkan suasana perayaan yang meriah.

1 2
|