Pada 7 November lalu, Ekspo Industri Kreatif Kebudayaan Antarabangsa Ke-2 telah dirasmikan di Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan sebahagian persembahan majlis perasmian ekspo tersebut yang bertajuk "Mendengar Suara China- Tarian Sukan Olimpik".

Satu lagu simfoni yang diberi tajuk "Obor 2008" telah memulakan persembahan majlis tersebut. Lagu ini merupakan lagu ciptaan muzikus terkenal China, Tang Jianping khusus untuk Sukan Olimpik 2008, dan mengutarakan tugas rakyat China untuk mengadakan sukan Olimpik dan semangant rakyat China untuk mewujudkan harapan.

Ekspo Industri Kreatif Kebudayaan Antarabangsa China merupakan aktiviti pertukaran antarabangsa besar-besaran yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan China dan kerajaan Beijing. Ekspo kali ini bertema "penciptaan kebudayaan dan sukan Olimpik kemanusiaan", mengadakan puluhan aktiviti dalam bidang pameran, forum, perdagangan, persembahan, penciptaan dan mempromosikan konsep "Sukan Olimpik Kemanusiaan" dan hasil penciptaan.

1 2
|