Sebagai penganjur Sukan Olimpik 2008, China telah mengemukakan slogan "Sukan Olimpik Kemanusiaan", juga menggabungkan hasil kebudayaan manusia yang baik termasuk kebudayaan China dalam pelbagai aktiviti sukan Olimpik 2008. Dalam majlis persembahan tersebut, rangkaian lagu sukan Olimpik yang merdu telah mengutarakan harapan rakyat China. Berikutnya marilah kita nikmati sebuah lagu Sukan Olimpik yang bertajuk "Penghantaran".

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kumpulan penyanyi timbul di arena lagu China, antaranya termasuklah Kumpulan 12 Gadis, Kumpulan Gadis Hongyingshu dan Kumpulan Gadis Not Merdu. Dalam majlis persembahan itu, ketiga-tiga kumpulan gadis tersebut telah menghidangkan sebuah lagu yang bertajuk "Terbang".

Selain nyanyian dan tarian, majlis persembahan itu juga menghidangkan banyak pertunjukan akrobatik, antaranya akrobatik yang juga balet "Tasik Swan" mendapat tepukan tangan ramai penonton.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu yang diberi tajuk "Terbanglah, China" yang memperlihatkan prospek cerah penciptaan kebudayaan China dan juga mengutarakan harapan rakyat China terhadap masa depan.

1 2
|