v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing Ke-5

2008-01-10 14:09:45 CRI

Pada 23 Disember tahun lalu, Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing Ke-5 telah ditutup. Dalam tempoh selama setengah bulan lalu, kumpulan persembahan dari pelbagai negara dan kawasan termasuk A.S., Kanada, Spanyol, Australia dan China telah menghidangkan tarian yang menarik kepada penonton Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan sebahagian persembahan tersebut.

Nyanyian dan tarian ekosistem asli etnik Tibet yang bertajuk "Misteri Tibet" direka dan dilakonkan oleh penari terkenal China, Yang Liping dan merupakan perasmian Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing Ke-5. Tarian itu menceritakan apa yang dilihat dan didengar oleh seorang ibu tua etnik Tibet dalam perjalanan ziarahannya dan memperlihatkan kehidupan, adat istiadat dan upacara agama penduduk Tibet. Walaupun para penternak dari Wilayah Autonomi Etnik Tibet tidak pernah menerima latihan yang profesional dan kekurangan pengalaman persembahan di pentas, tetapi perasaan yang diutarakan melalui tarian mereka amat sederhana.

Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing merupakan salah satu persembahan jenama kebudayaan yang penting. Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, musim persembahan itu telah diadakan buat kali ke-5. Musim persembahan kali ini telah mempelawa kumpulan tarian terkenal di arena antarabangsa termasuk Kumpulan Tarian Flamenco Spanyol, Kumpulan Balet Diraja New Zealand, Kumpulan Tarian Paul Taylor A.S. dan telah menambah banyak unsur negara asing kepada musim tersebut.


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |