Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan sebahagian taridra "Perkahwinan Gypsy" yang dihidangkan oleh Kumpulan Tarian Flamenco Spanyol. Taridra itu menceritakan sebuah kiash cinta: di hadapan pengantin lelaki yang tampan, pengantin perempuan yang muda tidak dapat melupakan kekasihnya, seorang lelaki yang telah berkahwin. Lelaki berdua mengadakan pergelutan demi gadis itu dan akhirnya mereka bersama-sama terbunuh. Upacara perkahwinan itu berubah menjadi "upacara pengebumian". Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan muzik tarian pelakon wanita bersama dengan kekasihnya sebelum mengadakan upacara perkahwinan.
Musim persembahan kali ini telah kelihatan empat ciri iaitu keantarabangsaan, kepelbagaian, keinisiatifan dan kebajikan. Penyertaan kumpulan tarian A.S., Spanyol, Kanada dan lain-lain telah memperlihatkan keantarabangsaan. Tarian-tarian balet, framenco, moden dan lain-lain memperlihatkan kepelbagaian bentuk tarian. Kebanyakan tarian China yang direka telah menonjolkan keinisiatifan. Manakala, aktiviti kebajikan seperti seminar dan tarian orang ramai serta tiket yang berharga murah telah memperlihatkan kebajikan musim persembahan tersebut.
1 2 3 4
|