v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rongzhong'erjia, Penyanyi Etnik Tibet yang Terkenal

2008-05-30 16:50:14 CRI

Rongzhong'erjia ialah seorang penyanyi pop etnik Tibet yang terkenal di China. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi lagu pop etnik minoriti China menjadi sangat popular dan aktif di sektor nyanyian muzik pop China, dan Rongzhong'erjia merupakan salah seorang yang paling berjaya dalam bidang ini. Suaranya nyaring dan penuh perasaan, dan lagunya penuh dengan keistimewaan etnik minoriti, dan digemari oleh ramai peminat.

Rongzhong'erjia lahir dalam sebuah keluarga etnik Tibet di provinsi Sichuan, China. Sejak kecil lagi, beliau sangat suka pada muzik. Pada umur 16 tahun, beliau mula menyanyi di pentas. Selepas tamat dari fakulti sastra di sebuah maktab perguruan, beliau pulang ke kampung halamannya dan bekerja sebagai guru. Sejak itu, beliau mula belajar muzik secara sendiri dan mencuba mencipta lagu. Sejak tahun 1991 hingga ke hari ini, beliau telah menggubah lebih 100 buah lagu.

Rongzhong'erjia menjadi terkenal disebabkan oleh Lagu "Jiuzhaigou yang Menarik". Dalam Pertandingan Menyanyi Belia Seluruh Negara ke-9 Tahun 2000, beliau mendapat tempat kedua dalam kategori lagu pop dan kategori "Penyanyi Lelaki yang Paling Digemari". Lagu ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat, dan nama Rongzhong'erjia terus melonjak di arena muzik.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |