Rongzhong'erjia hendak memperkenalkan muzik etnik Tibet kepada seluruh dunia. Mulai tahun 1994, beliau memasuki wilayah-wilayah etnik Tibet untuk belajar lagu dan muzik etnik Tibet, mengumpulkan karya-karya muzik dalam kalangan penduduk etnik Tibet, dan meletakkan asas yang kukuh bagi hasil ciptaannya. Beliau telah menggabungkan lagu tradisional Tibet dengan muzik pop. Hingga kini, beliau telah menerbitkan beberapa buah album yang berciri etnik minoriti. Pada penghujung tahun 2003, beliau menerbitkan albumnya yang keenam, iaitu "A Mi Luo Luo" dan album ini mendapat sambutan hangat di pasaran muzik pop.
Selama ini, Rongzhong'erjia sentiasa berusaha untuk menyebarkan budaya etniknya sendiri. Pada tahun 2001, beliau menubuhkan "Pusat Persembahan Rongzhong'erjia" di Jiuzhaigou. Beliau juga membentuk sebuah kumpulan penyanyi wanita etnik Tibet, "Merah Dataran Tinggi", dan menerbitkan album pertama mereka dengan nama "Merah Dataran Tinggi". Persembahan kumpulan itu mencampurkan ciri-ciri muzik tradisional dengan unsur-unsur yang moden. Beliau menyatakan bahawa beliau akan memperkenalkan budaya etnik Tibet kepada dunia luar. Pada penghujung tahun lalu, beliau menerbitkan sebuah taridra "Mitos Etnik Tibet", dan persembahannya mendapat sambutan baik daripada penonton. Menurut beliau, ini merupakan peristiwa yang paling menggembirakannya seumur hidupnya. 1 2
|