v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Perlindungan Artifak dalam Gempa Bumi Wenchuan China
2008-06-23 17:09:32 CRI

Gempa bumi yang berukuran 8.0 pada skala Richter melanda Provinsi Sichuan China pada 12 Mei lalu. Gempa bumi itu bukan sahaja mengakibatkan ramai orang terkorban, tetapi juga menyebabkan kerugian harta benda yang besar. Provinsi Sichuan ialah satu kawasan yang bersejarah lama, jadi, terdapat pelbagai artifak yang amat berharga di sana. Gempa bumi kali ini telah menjejaskan pelbagai artifak yang bernilai itu dan hal ini telah menarik perhatian tokoh-tokoh kebudayaan untuk melindungi dan menyelamatkan artifak tersebut.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Artifak Provinsi Sichuan, Puan Wang Qiong memberitahu wartawan:

"Gempa bumi Sichuan menjejaskan 79 artifak daripada jumlah 128 artifak peringkat negara di Sichuan. Artifak peringkat provinsi yang terjejas kali ini mencatat angka 169. Selain itu, beberapa banyak muzium juga terjejas teruk. Contohnya, semua muzium yang menyimpan artifak di kaunti Beichuan tertimbus oleh runtuhan bangunan."

Provinsi Sichuan terletak di barat daya China. Pemandangan di sana amat cantik. Kebudayaan tempatannya memainkan peranan yang penting dalam sejarah China. Kebanyakan kawasan yang dilanda gempa bumi kali ini ialah peninggalan sejarah termasyhur di China. Antaranya yang paling terkenal ialah kawasan peninggalan sejarah Dujiangyan. Projek tali air ini bersejarah lebih 2000 tahun dan masih berfungsi hingga ke hari ini.

Di bandar Jiangyou, Sichuan, gempa susulan yang berlaku berturut-turut mengakibatkan hampir semua bangunan yang dibina pada zaman dinasti Qing runtuh. Kampung asal penyajak Dinasti Tang, Li Bai terjejas teruk dalam gempa bumi kali ini. Naib Ketua Pekan Qinglian, bandar Jiangyou, encik Zhang Jie berkata:

"Ketika gempa bumi yang mula-mula berlaku, memang banyak artifak yang rosak. Namun, masih ada sebahagian sesetengah artifak yang boleh dibaik pulih. Tetapi, selepas gempa susulan berlaku, hampir semua bangunan runtuh. Jumlah kerugian kami dijangka mencatat angka 100 juta yuan RMB. "

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |