v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Perlindungan Artifak dalam Gempa Bumi Wenchuan China
2008-06-23 17:09:32 CRI

Berdasarkan statistik, sebanyak 60 buah muzium, jabatan artifak dan dewan peringatan rosak teruk dalam gempa bumi ini. Selepas gempa itu berlaku, tokoh-tokoh yang berkaitan bertungkus lumus untuk menyelamatkan dan memindahkan artifak ke tempat lain.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Artifak Sichuan, Puan Wang Qiong memberitahu wartawan:

"Dujiangyan ialah salah satu kawasan yang dilanda gempa bumi yang teruk. Jabatan Artifak tempatan dengan segera menjalankan kerja untuk menyelamatkan artifak di bandar purba itu. Selepas gempa bumi itu berlaku, hujan yang lebat pula turun. Sesetengah artifak, seperti lukisan atau buku purba, jika terkena air, semuanya akan rosak. Pada masa itu, walaupun kebanyakan muzium tersebut telah berada dalam keadaan yang amat berbahaya, staf jabatan artifak tetap giat menyelamatkan barang-barang yang berharga dalam bangunan tersebut."

Kerja menyelamat dan melindungi artifak juga mendapat sokongan kuat daripada Jabatan Artifak Negara China. Selepas gempa bumi tersebut, jabatan itu telah menghantar pakar untuk memimpin kerja menyelamat di kawasan bencana.

Dalam gempa bumi kali ini, sesetengah muzium yang baru dibina mengalami kerugian yang agak kecil berbanding dengan bangunan yang lama. Sekarang, pelbagai artifak yang diselamatkan telah dipindahkan ke muzium yang agak baru itu.

Muzium Peninggalan Sanxing ialah salah sebuah muzium yang agak baru di kawasan bencana ini. Dalam bencana kali ini, muzim itu terselamat. Naib Pengarah muzium itu, encik Zhang Yaohui memberitahu wartawan:

"Semasa kami menetapkan rancangan kerja perlindungan terhadap bahan peninggalan sejarah itu, kami tidak memberikan perhatian yang cukup terhadap ancaman gempa bumi kerana berdasarkan catatan sejarah, tiada gempa bumi yang berukuran begitu besar pernah berlaku di kawasan kami."

Selepas gempa bumi berlaku di Wenchuan, pihak berkenaan membuat kesimpulan tentang kerja dahulu. Sekarang, cara untuk menangani bencana alam kecemasan adalah satu topik yang baru yang sedang dibincangkan di kalangan tokoh-tokoh kebudayaan China.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Artifak Sichuan, Puan Wang Qiong berkata:

"Kami mendapat banyak pengalaman daripada gempa bumi kali ini. Pada masa dahulu, langkah utama untuk melindungi artifak adalah dengan mengekalkan suhu udara yang tertentu, dan kami kurang memberikan perhatian kepada ancaman yang mungkin diakibatkan oleh bencana alam. Selain itu, kerja pembinaan pelbagai muzium juga perlu mengambil kira unsur geografi kerana hal tersebut adalah penting diberikan perhatian sekarang ini."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |